Pada malam itu,
Suasana di istana sangat meriah. Semua penduduk dijemput hadir ke majlis penyamputan Puteri Cahya Rembulan. Permaisuri Mayang Kasturi menitahkan agar semua penduduk kampung dijemput ke majlis tersebut.
Pada surat jemputan majlis itu, sudah tertulis bahawa anakanda tuanku permaisuri yang dikatakan gugur akibat perbuatan khianat suku Teratai itu telah kembali. Tujuan baginda menjemput semua penduduk kampung adalah supaya mereka tidak bersalah sangka lagi. Permaisuri Mayang Kasturi ingin menjelaskan semua perkara yang terjadi kepada dirinya. Sudah tiba masanya untuk menceritakan hal yang sebenarnya.
Selepas mendengar akan hal itu, Sultan Panji Angkasa berasa risau. Baginda takut perkara ini akan terbongkar, perkara yang dirinya telah merancang keguguran tuanku permaisuri 19 tahun yang lalu. Dirisaukan jikalau terbongkar, sudah pasti dirinya akan di hukum pancung. Sukar untuk dirinya mencari jalan lain untuk menyelamatkan diri, hanya satu cara untuk baginda menyelamatkan dirinya. Sultan Panji Angkasa perlu meninggalkan Kampung Tasik Purnama. Baginda melarikan diri pada malam yang sama.
Semasa majlis itu meriah berlangsung, Sultan Panji Angkasa menyelinap keluar. Sultan Panji Angkasa pergi ke arah kamarnya lalu mengambil perkara yang patut. Lalu ditinggalkannya Kampung Tasik Purnama. Berseorangan lah Sultan Panji Angkasa di dalam hutan yang gelap itu.
Kepergian Sultan Panji Angkasa itu menjadi tanda tanya semua penduduk di Kampung Tasik Purnama. Bahkan ahli keluarga Sultan Panji Angkasa juga tidak mengetahui akan hal demikian. Biarlah Sultan Panji Angkasa pergi membawa diri daripada halnya terbongkar. Sudah pasti Permaisuri Mayang Kasturi dan Puteri Atma Mutiyara lebih terluka jikalau mendapat tahu Sultan Panji Angkasa punca kepada perkara yang terjadi.
Selepas melarikan diri ke dalam hutan, tiada lagi khabar mengenai Sultan Panji Angkasa. Dirinya sudah seperti ditelan bumi. Tiada sebarang jejak pun baginda tinggalkan.
~~~~~~~~~~
Di dalam majlis itu, kelihatan dua jejaka segak rupawan sedang menikmati kuih-muih yang tersedia di atas meja besar. Pelbagai kuih berada di situ. Antaranya ialah kuih keria, baulu, kuih lapis, kuih seri muka, kuih kochi, kuih talam dan banyak lagi! Kuih kochi menjadi pilihan Arjuna Sukma manakala kuih lapis menjadi pilihan hati Indera Tapa.
Arjuna Sukma dan Indera Tapa mengambil kuih yang diingini lalu menuju ke taman istana. Mereka melabuhkan punggung pada sebuah bangku di situ. Walaupun hari sudah malam, akan tetapi air pancut yang bernyala di hadapan mereka telah mencerahkan taman istana itu. Segala perkara yang berada di taman istana jelas dalam pandangan mereka berdua. Mereka menikmati kuih dan pemandangan di taman itu. Angin sepoi-sepoi bahasa menemani mereka berdua.
Kelihatan Indera Tapa sedang memakan kuih lapis yang diambilnya tadi. Dia makan secara selapis-selapis, selapis kuih lapis ditarik olehnya lalu diletakkannya di dalam mulut. Perkara itu diulang sehingga habis. Arjuna Sukma yang melihat perkara itu hanya menggelengkan kepalanya.
"Indera, Indera." Arjuna Sukma mengeluh seraya menggelengkan kepala selepas melihat tindakan Indera Tapa itu.
"Hihihi." Indera Tapa malu selepas dirinya ditegur Arjuna Sukma.
Tidak lama selepas itu, muncul dua orang gadis dalam pandangan mereka berdua. Sudah pasti gadis-gadis itu ialah Puteri Atma Mutiyara dan Puteri Cahya Rembulan.
Arjuna Sukma dan Indera Tapa berdiri selepas melihat mereka berdua.
"Apa khabar Puteri Cahya Rembulan?" serentak Arjuna Sukma dan Indera Tapa mengajukan soalan seraya menundukkan dirinya tanda hormat.
YOU ARE READING
Puteri Tasik Purnama
Fantasía[ fantasi ] Tasik Purnama telah terkena sumpahan! Disebabkan sumpahan ini, penduduknya yang terdiri dari suku Seroja dan suku Teratai mula berpecah belah. Kedua suku ini memiliki kuasa bunga yang luar biasa hebatnya. Pada suatu hari, seorang ahli s...