04 : Khabar Angin

71 6 0
                                    

19 tahun kemudian,

Di tepi tasik kelihatan seorang gadis yang jelitawan sedang bermain-main dengan riangnya. Tanpa ditemani oleh sesiapapun, gadis itu tetap kelihatan sangat bahagia. Tangan kecilnya sedang menyentuh bunga-bungaan yang berada berhampiran dengan tasik. Gadis yang mempunyai bibir mungil kemerahan bak delima, pipi gebu merah jambu bak bunga sakura dan sepasang mata yang sangat cantik itu leka dibuai oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Gadis itu tenggelam dalam lamunannya. Entah apa yang difikirkan olehnya.

"Tuankuuuu!" panggil seorang dayang istana dengan teriakan yang agak nyaring didengar.

Mana tidaknya, sudah berkali-kali panggilan itu dipanggil tetapi tiada sesiapa yang menyahut. Sejenak baginda tersedar daripada lamunanya itu. Iya, gadis yang jelitawan itu ialah seorang puteri diraja.

"Tuanku, janganlah begini. Setidaknya tuanku bagitahu dahulu kepada patik jika hendak keluar." ujar dayang itu dengan tercungap-cungap. Barangkali keletihan akibat mencari gerangan puteri Tasik Purnama itu. Dayang itu merupakan dayang yang bertanggungjawab untuk mendampingi tuan puteri. Kemana sahaja baginda pergi sudah pasti dirinya akan berada di samping baginda.

"Maafkan beta, Dayang Kasih. Beta tidak berniat begitu, beta hanya ingin mengambil udara segar sebentar sahaja." jelas puteri akibat kasihan melihat dayangnya itu. Walaupun puteri merupakan puteri daripada kerabat diraja akan tetapi baginda tidak sombong sama sekali.

"Baiklah kalau begitu tuanku. Sekarang tuanku hendak kemana? Patik akan dampingi tuanku." balas Dayang Kasih.

"Beta mahu ambil angin sebentar lagi." jawab puteri.

"Ayuh teman beta bermain di permukaan tasik!" ajak tuan puteri kepada dayangnya.

Mereka bermain-main pada permukaan tasik. Kelihatannya sungguh seronok mereka berjalan-jalan pada permukaan tasik. Layaknya seperti kita sedang berjalan-jalan di atas darat, begitulah kekuasaan yang dimiliki oleh kedua-dua suku tersebut. Mereka dapat berjalan-jalan di atas air. Sungguh menarik! Malahan mereka juga dapat menghasilkan bunga-bunga Seroja dan Teratai yang teramat cantik luar biasa.

Puteri Atma Mutiyara menghulurkan tapak tangannya pada permukaan air. Tapak tangannya mula bercahaya dan bersinar-sinar, cahaya itu seperti bintang yang berkelipan di langit malam. Lalu beberapa kuntum bunga Teratai muncul pada permukaan tasik.

'Masha'Allah, sungguh indah ciptaan Mu.' tuan puteri memuji kebesaran Sang Pencipta di dalam hati.

Ketika tuan puteri sedang khusyuk bermain-main, baginda bertemu dengan pari-pari kecil yang sedang bertebangan pada dasar tasik.

"Apa khabar si kecil?" tegur Puteri Atma Mutiyara kepada pari-pari itu.

"Khabar baik tuan puteri yang cantik rupawan lagi baik hati. Hehehehe." balas pari-pari itu seraya tergelak kecil.

Pipi Puteri Atma Mutiyara merona kemerahan akibat malu di puji oleh si pari-pari kecil itu.

"Siapakah mana kamu wahai si kecil?" tanya tuan puteri.

"Nama patik, Pari Cahya tuanku. Patik ialah penjaga tasik ini tuanku." balas pari-pari itu sambil terbang ke atas dan mendepakan kedua-dua belah tangannya dengan luas.

Puteri Atma Mutiyara tergelak kecil melihat gelagat Pari Cahya itu. Sungguh comel pari-pari kecil itu. Kecil molek, terbang ke sana, ke sini. Jika lihat terlalu lama, ingin sahaja diculik dan dibawa pulang.

"Cantik nama kamu, secantik pemiliknya. Hehehehe." Puteri Atma Mutiyara menggoda pari-pari itu.

Kini giliran pari-pari itu yang diusik. Pipinya merona kemerahan menahan malu. Dia melontarkan senyuman yang manis kepada tuanku.

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now