08 : Keluarga

62 4 3
                                    

"Wah! Madu tualang la. Kak Cahya memang dah lama tidak merasai kemanisan madu tualang ni. Rindu sungguh!" ujar Cahya Rembulan keriangan.

"Nah, Citra belikan sebotol untuk Kak Cahya." Citra Rembulan memberi sebotol madu tualang kepada Cahya Rembulan.

Cahya Rembulan bangkit daripada bangkunya itu lalu berpindah ke bangku yang sedang di duduki oleh adiknya itu. Cahya Rembulan mengambil madu itu lalu memeluk adik perempuannya itu dengan erat.

"Wah, wah, wah, wah, wah..." ujar Sinar Pesaka.
Bukan main banyak wah ya.
Mana tidaknya, adiknya itu selalu melebih-lebih kan Cahya Rembulan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Citra Rembulan lebih menyayangi Cahya Rembulan berbanding dirinya. Huhuhuhu, sungguh kasihan.
"Untuk Kak Cahya saja? Untuk abang mana?" tanya Sinar Pesaka kepada adiknya itu dengan membuat muka masam sambil memuncungkan mulutnya. Mengada sungguh! Mahu sahaja hamba mencubit mulutnya itu.

"Alaa, abang ni. Bukan Bang Sinar tak suka makanan manis ke?" soal Citra Rembulan kepada Sinar Pesaka.

"Betul lah tu." jawab dirinya selamba seraya mengangguk-angguk kepalanya.

"Dah tu buat apa Citra beli madu tualang ni untuk abang? Citra beli untuk kakak sajalah!" balas Citra Rembulan dengan sedikit berteriak kerana geram akan sikap abangnya itu.

"Oh iya, begitu ke? Maaf-maaf abang lupa." balas Sinar Pesaka sambil ketawa kecil. Suka sungguh dirinya mengusik akan adik satu-satunya itu.

Cahya Rembulan hanya tergelak semasa menyaksikan gelagat mereka. Dia terhibur melihat perbalahan abang dan adik itu. Bukannya mahu menasihati Sinar Pesaka agar tidak mengusik adiknya itu, akan tetapi dia malah mentertawakan mereka. Begitulah jikalau adik beradik bertemu, ada sahaja perkara yang akan dilakukan.

~~~~~~~~~~

Baiklah, di sini hamba akan menceritakan tentang hubungan antara mereka bertiga ini. Cahya Rembulan dan Sinar Pesaka sebenarnya bukanlah saudara kembar.
Sinar Pesaka dan Citra Rembulan adalah adik-beradik, yang mana mereka ialah sepupu kepada Cahya Rembulan. Mereka berdua tinggal sebumbung setelah kematian ibu dan ayah Cahya Rembulan.

Ibu Cahya Rembulan meninggal sewaktu berjuang melahirkan dirinya. Manakala ayahnya meninggal sewaktu umur Cahya Rembulan baru sahaja mencapai dua tahun. Ayahnya meninggal sewaktu pergi memburu di hutan. Sungguh kasihan akan nasib yang menimpa Cahya Rembulan.

~~~~~~~~~~

Pada malam itu, suara teriakan seorang bayi kedengaran memecahkan kesunyian malam yang hening. Ahli keluarga terdekat mengucap Alhamdulillah setelah mendengar tangisan bayi tersebut. Mereka berasa teruja dan sangat gembira. Akan tetapi, keterujaan dan kegembiraan itu sebentar sahaja. Mereka sekeluarga berduka atas kepergian ibu kepada Cahya Rembulan. Cahya Rembulan hanya tinggal bersama-sama ayahnya dan Nek Embun. Selepas Cahya Rembulan mencapai dua tahun, ayahnya pula meninggal dunia akibat mengalami kemalangan semasa pergi memburu di dalam hutan. Kini hanya tinggal Cahya Rembulan dan Nek Embun sahaja.

Oleh hal demikian, ibu dan ayah saudara kepada Cahya Rembulan iaitu adik kepada ibunya bersimpati akan kepergian kedua-dua orang tuan Cahya Rembulan. Mereka berencana untuk menjaga Cahya Rembulan. Mereka mengasuh Cayha Rembulan seperti layaknya anak kandung mereka. Mereka juga meminta Cahya Rembulan memanggil mereka dengan panggilan ibu dan ayah. Tiada sifat pilih kasih dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Tidak lupa juga, Nek Embun turut tinggal bersama-sama mereka. Nek Embun sudah dianggap sebagai nenek mereka sendiri. Ikatan hubungan kekeluargaan antara mereka sangatlah rapat, seperti beliung dengan asahan.

~~~~~~~~~~

Mereka bertiga menikmati angin pagi di Taman Puspa Sentosa. Tidak lama selepas itu, munculah kelibat seorang nenek tua. Iya itu ialah Nek Embun. Nek Embun yang tadinya pergi mencari dua batang toya rotan untuk diberikan kepada Sinar Pesaka dan Cahya Rembulan. Nek Embun mencari toya rotan di rumah Pak Kulup. Sebenarnya Nek Embun sedang mengajar silat kepada Sinar Pesaka dan Cahya Rembulan. Walaupun Nek Embun sudah sedikit berbongkok pada ketika itu, akan tetapi jangan dipandang sebelah mata dengan ilmu silat yang dikuasai oleh Nek Embun. Nek Embun ingin mengajar tentang seni tongkat panjang kepada Sinar Pesaka dan Cahya Rembulan.

Jikalau di Tasik Purnama, ilmu silat hanya dipelajari oleh ahli sihir sahaja. Tetapi sekarang mereka berada di perkampungan manusia. Oleh itu tiada apa yang perlu dirisaukan. Walaupun perkampungan itu merupakan perkampungan manusia, akan tetapi ahli sihir juga turut diperbolehkan tinggal di sana. Terdapat beberapa keluarga ahli sihir lain yang tinggal di Kampung Sentosa. Salah satu keluarga ahli sihir yang ada di Kampung Sentosa ialah keluarga Pak Kulup. Sudah bertahun-tahun keturunan keluarganya tinggal di situ.

Nek Embun tidak mahu mensia-siakan ilmu silat yang ada pada dirinya. Oleh hal demikian, Nek Embun bertanggaungjawab untuk menurunkan ilmu silat kepada mereka berdua. Tambahan pula sebenarnya Cahya Rembulan juga merupakan seorang ahli sihir.

__________

Wah! Bagaimana boleh terjadi hal sedemikian? Pasti tuan hamba semua ingin mengetahui hal ini, sini hamba ceritakan!

__________

Cahya Rembulan merupakan anakanda Permaisuri Mayang Kasturi yang diselamatkan oleh Nek Embun pada 19 tahun yang lalu. Nek Embun berjaya mencari ibu tumpang kepada Cahya Rembulan. Ibunya bernama Kencana Sari manakala ayahnya bernama Darma Jaya. Mereka berdua adalah pasangan yang tidak dikurniakan anak. Sudah hampir lima tahun perkahwinan mereka tetapi masih tiada rezeki untuk mendapatkan seorang anakpun. Mereka sangat baik hati kerana telah menyelamatkan Nek Embun.

Pada hari kepergian Nek Embun daripada rumah Gilang, Nek Embun telah mengalami kecederaan. Beliau tidak sengaja terjatuh di dalam lubang yang dibuat oleh seseorang bagi dijadikan perangkap untuk memburu. Keadaan dirinya pada ketika itu agak teruk, kakinya telah terluka. Nek Embun telah diselamatkan oleh Darma Jaya. Walaupun Nek Embun merupakan ahli sihir, akan tetapi sihirnya tidak akan berkesan pada dirinya sendiri. Sungguh tidak adil. Huhuhhuhu, kasihan Nek Embun. Walaupun begitu, jikalau ahli sihir lain yang menggunakan sihir terhadap Nek Embun itu akan berkesan. Ahli sihir hanya tidak boleh menggunakan sihir kepada dirinya sendiri. Itu merupakan ketentuan hidup para ahli sihir.

Selepas Nek Embun diselamatkan, Nek Embun telah dibawa pulang oleh Darma Jaya ke rumahnya. Isterinya, Kencana Sari menyambut kepulangan mereka. Darma Jaya dan Kencana Sari merawat kecederaan yang dialami Nek Embun. Nek Embun sangat tersentuh dengan pertolongan yang diberikan oleh mereka kepada dirinya. Setelah mendapat tahu tentang kisah mereka yang tidak dikurniakan anak itu, Nek Embun telah menceritakan perkara yang terjadi kepada tuanku permaisuri dan berhasrat untuk menjadikan Kencana Sari sebagai ibu tumpang kepada anakanda tuanku permaisuri.

Darma Jaya dan Kencana Sari sangat senang hati dengan permintaan Nek Embun itu. Walaupun anak yang akan dikandungkan itu bukanlah daripada mereka berdua, akan tetapi mereka berpeluang untuk merasai menjadi layaknya seorang ibu dan seorang bapa. Selepas sembilan bulan Kencana Sari mengandung, akhirnya terlahirlah seorang puteri kecil yang diberi nama Cahya Rembulan. Disebabkan Cahya Rembulan terlahir dengan pertolongan sihir Nek Embun, hal ini menyebabkan dirinya dapat mewarisi sihir tersebut. Cahya Rembulan sangat beruntung! Sangat jarang hal ini terjadi, hanya satu dalam seribu.

__________

Begitulah kisah yang dialami Cahya Rembulan. Dirinya seperti kepompong yang menjadi rama-rama. Sejak dalam kandungan lagi nyawanya sudah terancam. Akan tetapi apabila sudah dilahirkan, banyak pula kelebihan yang dia dapatkan. Mungkin Sang Pencipta mempunyai belas kasihan terhadap nasib yang menimpa dirinya.

Pasti tuan hamba sekalian sudah dapat menganggap bahawa Cahya Rembulan ialah watak utama dalam kisah ini. (.❛ ᴗ ❛.)

Puteri Atma Mutiyara dan kakandanya, Cahya Rembulan ialah watak utama dalam kisah Sumpahan Tasik Purnama. \(^o^)/

Mari kita baca bersama-sama sehingga mereka berdua bertemu!

Bersambung.....

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now