13 : Kalung

58 4 0
                                    

Sekarang mereka bertiga berada tepat di hadapan rumah. Rumahnya kelihatan sunyi sepi, pintu rumah dibuka dengan perlahan-lahan. Rumahnya gelap gelita, apa yang telah terjadi? Fikir Cahya Rembulan. Setelah ketiga-tiga mereka berada di dalam rumah, lampu pun terpasang. Teriakan Selamat Hari Lahir terdengar di telinga Cahya Rembulan. Betul, hari itu merupakan hari lahirnya. Dia sudah terlupa akan hal itu. Dia tidak begitu mahu mengingati hari lahirnya kerana ibunya juga turut meninggal selepas melahirkan dirinya. Walaupun dia tahu bahawa ibu yang melahirkan dirinya bukanlah ibu kandungnya, akan tetapi dia sangat menyayangi ibunya itu. Jasa ibunya tidak akan dia lupakan.

Cahya Rembulan melontarkan senyuman yang bahagia. Setitis air matanya mengalir ke pipi, lantas dia mengesat air mata itu. Tidak mahu ahli keluarganya yang lain menyedari akan hal itu. Cahya Rembulan berasa sebak, akan tetapi dia menahan air matanya untuk terus keluar. Ahli keluarganya telah berpakat untuk memberikan kejutan kepada dirinya. Dia sangat bersyukur mempunyai keluarga yang tulus sayang akan dirinya. Mereka sekeluarga menyambut hari lahir Cahya Rembulan bersama-sama. Selepas menyambut hari lahir Cahya Rembulan, mereka sekeluarga bercadang untuk menziarahi kubur Kencana Sari.

Mereka sekeluarga makan bersama-sama di dapur. Kek strawberi yang berada di hadapan Cahya Rembulan dijamah olehnya. Sangat sedap kek itu! Anggerik Sari membuat kek itu kursus untuk dirinya. Selepas makan, mereka bersiap-siap untuk menziarahi kubur Kencana Sari. Sebelum mereka keluar, Nek Embun memberikan seutas kalung sebagai hadiah hari lahirnya. Kalung permata bunga Seroja dipakaikan oleh Nek Embun pada leher Cahya Rembulan. Kalung itu menambahkan lagi seri pada Cahya Rembulan, seakan-akan kalung itu diciptakan kursus untuk Cahya Rembulan.

~~~~~~~~~~

Alunan bacaan Yasin berkumandang di tanah perkuburan Kampung Sentosa. Di hadapan kubur Kencana Sari dan Darma Jaya, kelihatan ahli keluarganya sedang duduk sambil membaca Yasin. Bacaan Yasin itu disedekahkan kepada Kencana Sari dan Darma Jaya.

"Sadakallahul'azim." serentak mereka mengakhiri bacaan Yasin itu.

Cahya Rembulan menatap kubur yang berada di hadapannya. Dia tidak berpeluang untuk melihat wajah wanita yang melahirkannya. Dia juga terkenang akan ayahnya, disebabkan usianya yang masih muda pada saat ayahnya masih bernyawa. Dia sudah tidak ingat kenangan bersama arwah ayahnya. Rasa yang sebak menyelebungi dirinya. Sangat perih rasa hatinya. Walaupun begitu, dia cuba untuk menjadi kuat. Air mata yang bergenang ditahan olehnya.
Disebabkan hari sudah semakin gelap, mereka sekeluarga akhirnya pulang ke rumah.

~~~~~~~~~~

Sesampainya di rumah, mereka semua dikejutkan dengan keadaan yang riuh-rendah di hadapan rumah mereka. Beberapa orang kampung sedang memegang senjata berada di hadapan rumah mereka. Setelah orang-orang itu menyedari akan kehadiran mereka sekeluarga, orang-orang itu menghampiri mereka lalu berkata.

"Itu dia keluarga pengkhianat! Tangkap mereka semua." seru salah seorang daripada mereka.

Mereka sekeluarga yang tidak tahu-menahu akan hal itu ditangkap oleh orang-orang kampung. Lalu mereka semua dipaksa untuk berlutut.

__________

Sebenarnya apa yang telah terjadi?
Sini hamba ceritakan, pada petang tadi, sewaktu Cahya Rembulan menunjukkan ukiran pada tapak tangannya kepada Sinar Pesaka. Terdapat seorang pemuda dibelakang mereka. Pemuda itu sedang tunduk untuk mengambil barangnya yang jatuh ke tanah. Pemuda itu juga terselindung oleh pokok-pokok bunga yang ada di situ. Jadi semasa Cahya Rembulan melihat disekelilingnya, Cahya Rembulan tidak melihat kelibat si pemuda itu.

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now