20 : Berpisah

54 6 0
                                    

Di dalam kamar peribadi Permaisuri Mayang Kasturi, Puteri Atma Mutiyara dan Puteri Cahya Rembulan datang menghadap.

"Assalamualaikum bonda." serentak Puteri Cahya Rembulan dan Puteri Atma Mutiyara memberi salam.

"Waalaikumussalam." balas Permaisuri Mayang Kasturi yang sedang duduk bersila di hadapan meja bacaannya itu.

Puteri Cahya Rembulan dan Puteri Atma Mutiyara melabuhkan punggung di hadapan Permaisuri Mayang Kasturi. Mereka berdua duduk bersila berhadapan bonda mereka.

"Apakah yang ingin dibincangkan wahai bonda?" tanya Puteri Atma Mutiyara.

"Bonda ingin memberitahu anakanda berdua, bahawa bonda ingin Puteri Cahya Rembulan yang akan mewarisi takhta Tasik Purnama selepas ini." tutur Permaisuri Mayang Kasturi kepada anakandanya.

"Bonda juga ingin meminta izin dengan Puteri Atma Mutiyara, bolehkah jikalau kakanda kamu yang akan memimpin Tasik Purnama ini?" Permaisuri Mayang Kasturi menyambung kembali hajatnya itu.

"Dengan senang hati bonda. Anakanda sangat bersetuju dengan cadangan bonda itu." balas Puteri Atma Mutiyara kepada bondanya. Puteri Atma Mutiyara memang tidak berkenan untuk memegang tanggungjawab yang berat itu. Dirinya juga merasakan bahawa kakandanya itu lebih layak untuk memimpin Tasik Purnama.

"Ampun beribu-ribu ampun bonda. Akan tetapi ini terlalu cepat untuk anakanda." Puteri Cahya Rembulan gelisah kerana dirinya belum bersedia untuk memegang takhta Tasik Purnama.

"Tidak mengapa anakanda. Disebabkan Sultan Panji Angkasa yang hilang tanpa khabar ini, buat masa sekarang bonda yang akan bersemayam di singgahsana." ujar Permaisuri Mayang Kasturi dengan nada yang sayu.

Selepas mendengar kata-kata bondanya itu, Puteri Atma Mutiyara menundukkan pandangannya ke bawah. Puteri Atma Mutiyara berduka atas kehilangan ayahandanya secara tiba-tiba itu. Baginda sangat menyayangi ayahandanya, Sultan Panji Angkasa. Tidak tahu bagaimana perasaannya jikalau mendapat tahu bahawa ayahandanya itu lah yang cuba membunuh kakandanya.

"Anakanda Puteri Cahya Rembulan akan menjalani sesi latihan untuk menjadi puteri mahkota terlebih dahulu. Anakanda tidak usah bimbang, selepas anakanda sudah dilatih, anakanda pasti akan menjadi lebih yakin." Permaisuri Mayang Kasturi cuba untuk menyakinkan Puteri Cahya Rembulan untuk menjadi puteri mahkota.

"Betul tu kakanda, usah bimbang adinda akan membantu kakanda." Puteri Atma Mutiyara juga cuba memujuk Puteri Cahya Rembulan.

Disebabkan Puteri Cahya Rembulan melihat kesungguhan Permaisuri Mayang Kasturi dan Puteri Atma Mutiyara yang menginginkan dirinya untuk menjadi pemimpin seterusnya, baginda bersetuju akan hal itu. Tambahan pula, sepatutnya memang takhta itu akan menjadi miliknya dan ini adalah satu-satunya cara untuk Tasik Purnama menjadi damai kembali. Apabila Puteri Cahya Rembulan memimpin Tasik Purnama, dirinya akan memastikan penduduk kampung tidak akan bermusuhan lagi.

__________

Walaupun begitu, tanpa mereka sedari. Terdapat seorang pemuda berselubung hitam yang sedang memerhatikan mereka. Pemuda berselubung hitam itu mempunyai dendam terhadap suku Teratai. Disebabkan khabar angin bahawa Permaisuri Mayang Kasturi hampir keguguran akibat perbuatan suku Teratai itu, pemuda itu bertambah benci kepada suku Teratai. Pemuda berselubung hitam itu ingin membalas dendam kepada suku Teratai dengan membunuh Puteri Atma Mutiyara.

~~~~~~~~~~

Keesokkan paginya, Puteri Cahya Rembulan dan Puteri Atma Mutiyara menghantar kedua-dua sahabat mereka iaitu Indera Tapa dan Arjuna Sukma. Indera Tapa dan Arjuna Sukma sudah ingin bertolak ke tempat tinggal mereka di dalam hutan yang tebal itu.

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now