07 : Kampung Sentosa

58 5 0
                                    

Sementara itu, di Pasar Tani Kampung Sentosa, keadaan di situ menjadi riuh-rendah disebabkan oleh latunan suara yang dikeluarkan para pembeli. Terdapat pelbagai barangan dijual di pasar tani itu. Buah-buahan, sayur-sayuran, herba-herba dan ubat-ubatan antara barangan yang dijual di situ. Tidak lupa juga dengan madu lebah tualang. Madu lebah tualang antara madu yang dicari orang ramai di situ. Para pembeli tawar-menawar dengan penjual untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Begitu juga dengan seorang gadis yang sedang merangkul bakul dilengan kananya, dia berjalan-jalan sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Dia seperti sedang mencari sesuatu.

Gadis itu sedang mencari madu lebah tualang. Madu itu merupakan manisan kegemarannya. Jikalau pergi ke pasar tani, dia tidak akan ketinggalan untuk membeli madu tualang yang menjadi rebutan orang ramai. Akhirnya dia sampai di hadapan sebuah gerai madu tualang. Dia membeli dua botol madu tualang, dia tersenyum kegirangan kerana sudah lama dia tidak merasai kemanisan madu kesukaannya itu. Dia tidak sabar untuk merasai kenikmatan madu yang tiada tandingannya itu.

Selepas membeli dua botol madu tualang, gadis itu pulang dengan senang hati. Alangkah gembiranya dia sehingga membuatkan dirinya terlompat-lompat seperti anak kecil. Sungguh comel gelagat gadis itu.

Siapakah gerangan gadis yang comel lagi jelita itu? Gadis itu ialah Citra Rembulan! Sungguh indah namanya, seindah tuan empunya badan.

Sesampainya dia di rumah, dia memberi salam terlebih dahulu. "Assalamualaikum." ujar Citra Rembulan dengan ringkas.
"Waalaikumussalam anak kesayangan ayah." balas ayahnya seraya membuka pintu istana kecil milik mereka sekeluarga. Rumahnya tidaklah begitu besar, akan tetapi sudah cukup membuat mereka sekeluarga berasa aman dan selesa. Mereka tidak terlalu kisah akan harta benda yang dimiliki. Bagi mereka dengan berada bersama-sama keluarga sudah lebih daripada cukup.
"Ini, saya membelinya di pasar tani sebentar tadi. Mari kita menikmatinya bersama-sama." ajak Citra Rembulan sambil mengeluarkan sebotol madu tualang daripada bakul rotannya itu.

"Tidak mengapa, kamu makan lah nak. Ayah dan ibu sudah kenyang. Kami baru sahaja selesai makan." kata ayahnya kepada Citra Rembulan. Bukan apa, dia hanya mahu anaknya itu menikmati madu tualang itu sepuas hati. Dia tahu bahawa anaknya sangat menyukai madu tualang itu. Dengan melihat anaknya gembira sudah cukup membuat dirinya bahagia.

Sementara itu, di dapur kelihatan ibunya sedang berdiri di hadapan singki. Ibunya sedang membasuh pinggan, mangkuk yang digunakan sebentar tadi. Citra Rembulan memerhati ibunya setelah ayahnya berkata begitu. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mencabut sarung tangan hitam yang dipakainya pada sebelah tangan kanan, lalu dia menikmati madu tualang. Badannya digoyangkan ke kiri dan ke kanan. Mungkin disebabkan madu tualang yang terlalu enak itu. Ayahnya ketawa kecil apabila melihat tingkah lucu Citra Rembulan.

"Dimana nenek?" tanya Citra Rembulan setelah menyedari nenek kesayangannya itu tiada di rumah.
Iya betul, nenek kesayangan Citra Rembulan ialah Nek Embun.

__________

Adakah Citra Rembulan itu merupakan anakanda tuanku permaisuri yang diselamatkan oleh Nek Embun?

__________

"Nenek berada di Taman Puspa Sentosa dengan kakak dan abang kamu." balas ibunya yang dari tadi tekun membasuh pinggan, mangkuk.

"Wah, saya mahu ke sana! Saya nak bagi madu tualang ini kepada kakak!" balasnya dengan girang. Walaupun dirinya sudah mencapai 18 tahun, tetapi tingkahnya yang ceria itu menjadikan dirinya kelihatan seperti anak kecil. Tambahan pula dengan ketinggiannya yang tidak berapa tinggi itu. Comel sungguh! Citra Rembulan mengetahui bahawa kakaknya itu juga sangat menyukai madu tualang. Dia ingin memberi sebotol madu tualang yang dibelinya di pasar tani kepada kakaknya itu.

Sebelum dia menyusun langkah, dia memakai sarung tangan hitamnya tadi terlebih dahulu. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan ibu dan ayahnya itu. Dia pergi dengan membawa bakul rotan yang berisikan madu tualang. Dengan berasa teruja dia menuju ketempat keberadaan abang dan kakaknya itu. Dia tidak sabar mahu memberi kejutan kepada kakaknya.

~~~~~~~~~~

"Agak-agak kenapa ibu, ayah dan nenek tidak membolehkan aku pergi bermain di tasik itu?" tanya Sinar Pesaka kepada gadis yang berada di tepinya itu dengan nada yang sayu.

"Janganlah kamu memberikan rupa yang monyok itu. Sungguh buruk aku perhatikan." balas Cahya Rembulan kepada Sinar Pesaka.

"Bukan kamu seorang yang tidak diperbolehkan untuk pergi bermain di sana. Pasti mereka tidak mengizinkan kita bersebab. Mungkin bahaya akan menimpa kita?" Cahya Rembulan menunding jari ke arah tasik yang berada agak jauh daripada tempat keberadaan mereka pada ketika itu, tetapi masih jelas terlihat dalam pandangan mata mereka.

"Iyaa aku tahu akan perkara demikian, mereka tidak mengizinkan kita bertiga untuk bermain di sana. Akan tetapi kita berdua sudah hampir mencapai usia 19 tahun, adakah masih berbahaya untuk kita bermain di sana? Aku sangat ingin pergi bermain-main di sana seperti anak-anak yang lain." Sinar Pesaka membalas pujukan Cahya Rembulan. Pujukan Cahya Rembulan tidak berkesan untuk menghilangkan rasa pilu di hati si jejaka yang berada di sebelahnya itu.

Ada betulnya juga. Kenapa mereka tidak diperbolehkan untuk pergi ke tasik itu? Padahal kanak-kanak yang muda padanya juga dapat bermain di sana. Elok sahaja, tiada sebarang bahaya pun yang menimpa. Cahya Rembulan mengelamun memikirkan akan hal yang disebutkan Sinar Pesaka sebentar tadi. Suasana menjadi sunyi, angin sepoi-sepoi bahasa bertiupan di udara. Sungguh nyaman sekali.

Kedua-dua orang itu, Cahya Rembulan dan Sinar Pesaka sedang duduk di atas bangku di Taman Puspa Sentosa. Tidak jauh dari mereka kelihatan sebuah tasik, di sana ramai kanak-kanak sedang bermain-main dengan riangnya. Mereka menaiki rakit yang berada di tasik itu. Begitulah kebiasaan yang dilakukan oleh kanak-kanak mahupun remaja yang berada di kampung itu. Sejak kecil lagi, Sinar Pesaka telah memerhatikan tasik yang terbentang indah itu. Dia sangat ingin bermain-main di tasik dan yang paling diingininya ialah menaiki rakit yang berada di tasik itu. Pasti seronok!

Melihat akan rupa menyedihkan saudaranya itu, hati Cahya Rembulan berasa simpati. Hatinya tercuit mengenangkan akan nasib saudaranya itu. Sungguh kasihan jikalau melihat raut wajahnya itu, bagai dihiris dengan sembilu. Cahya Rembulan sangat mengetahui bahawa saudaranya itu gemar akan tasik. Tetapi tiada perkara yang boleh dilakukan olehnya kerana ibu, ayah dan neneknya tidak mengizinkan mereka bertiga pergi ke tasik. Mereka hanya dapat melihatnya daripada jauh. Mereka bertiga yang dimaksudkan ialah Cahya Rembulan, Sinar Pesaka dan adik mereka iaitu Citra Rembulan.

__________

Wah! Adakah Citra Rembulan mempunyai kakak dan abang kembar? Pasti kehidupan Citra Rembulan sangat bahagia kerana memiliki seorang kakak dan seorang abang! Tidak lupa juga dengan ibu, ayah dan neneknya.

__________

"Assalamualaikum, kakak dan abang berdua. Sedang berbual tentang apa itu?" tanya Citra Rembulan.

Citra Rembulan datang memecahkan kesunyian.

"Waalaikumussalam, Citra." jawab kakak dan abangnya serentak.

Citra Rembulan melabuhkan punggungnya pada bangku yang berada di sebelah bangku tempat kakak dan abangnya duduk.

"Kak Cahya, Kak Cahya." panggil Citra Rembulan teruja.

"Iya, ada apa Citra?" jawab Cahya Rembulan dengan lemah lembut.

"Tada!" Citra Rembulan mengeluarkan madu tualang itu daripada bakul rotannya.

__________

Assalamualaikum para pembaca hamba yang setia.

Bagaimana dengan cerita ini?
Adakah menjadi semakin menarik?

Maafkan hamba jikalau terdapat banyak persoalan yang masih belum terjawab. Jikalau tuan hamba mahu mengetahui jawapan daripada persoalan-persoalan itu, tuan hamba perlu terus membaca kisah ini sehingga habis!
Selamat membaca halaman seterusnya! Hehehehehe.
Hamba pergi dulu yaaa. Selamat tinggal, semoga berjumpa lagi!

Bersambung.....

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now