Ssup. Ssup. Ssup.
Bang. Bang. Bang.
Kting. Kting. Kting.
Bunyi tembakan, pedang dan panahan bergema di ruangan itu. Seorang wanita yang berhoodie hitam itu melepaskan panahan terakhirnya.
Lincah sekali pergerakannya dalam menumpaskan musuh yang cuba mengganggu kawasannya itu. Pistol dan anak panah digunakan silih berganti.
Ssup.
Tamat sudah riwayat perempuan yang memakai jaket hitam itu apabila panahan yang dilepaskan terkena tepat di lehernya.
"Syabas bos," sorak beberapa orang di belakangnya.
Wanita itu hanya tersenyum sinis. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang memandang mereka yang ada di belakangnya.
Itulah dia, seorang yang kejam, tidak berhati perut dan amat digeruni. Zara Saffiya, wanita ini amat dikenali dan amat digeruni.
"Clean it." Dingin suara itu mengarah.
Kaki melangkah ke arah kereta mewahnya sebelum kunci dikeluarkan lalu pintu itu dibuka dan tubuhnya masuk ke dalam kereta tersebut.
~~~~~
"Morning princess," sapa lelaki itu mesra.
"Morning along."
"Maksu hantar kami ke sekolah kan?" tanya kanak-kanak lelaki yang sedang menggulung mi goreng sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Aaaa, sorry dear. Maksu lupa, maksu ada meeting pagi ni," kata wanita itu kesal.
"Maksu selalu lupa. Maksu dah janji kan semalam nak hantar Ril dengan Fira ke sekolah," kata kanak-kanak itu berjauh hati.
"Ril, maksu dah kata yang maksu ada meeting kan," ujar sang ibu dengan lembut.
"Tapi maksu dah janji," kata si comel itu dengan cebikan.
"Sorry sayang, ok esok maksu hantar ke sekolah ok. Sorry," ujar wanita itu.
"Malas kawan," ujar mereka berdua serentak.
Wanita itu memandang jam di tangannya sebelum memandang dua orang kanak-kanak itu yang sedang merajuk.
Dia tersenyum penuh makna. Zarif yang perasan senyuman adiknya itu mengangkat kening pada wanita tersebut.
"Makan cepat, lepas tu salam daddy and mummy. Cepat sebelum maksu tinggal," kata Zara pada anak-anak buahnya itu.
Mereka tersenyum lebar sebelum makan sarapan itu sehingga habis. Pinggan dibawa ke sinki lalu mulut dicuci.
Tangan yang basah dilap sebelum tangan daddy dan mummynya disalam lalu dihadiahkan kucupan di pipi itu. Beg sekolah yang berada di atas sofa diambil lalu bergerak ke rak kasut mengambil kasut sekolah mereka.
Zara menggeleng perlahan dengan telatah Zafril dan Zhafira itu. Dia membawa pinggan dan gelas ke sinki lalu dicuci.
Selesai mengelap tangannya, dia bergerak ke arah meja makan. Tangan abang dan kakak iparnya disalam sebelum satu kucupan hinggap di dahinya.
"Along tahu apa yang Fiya fikirkan. Jangan laju sangat," pesan Zarif pada adiknya.
Zara hanya tergelak kecil dan bergerak mengambil beg tangannya dan juga briefcase yang berada di atas sofa itu.
Rak kasut dituju sebelum heels tiga inci yang berwarna hitam diambil. Selesai, dia bergerak ke arah kereta ferrarinya lalu ditekan butang unlock.
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...