Bab 10

86 10 7
                                    

Alangkah terkejutnya saat mata bertembung pandang dengan Zara ketika dia berjalan memasuki dapur. Puan Sri Aida dipandangnya.

Uminya hanya membalas dengan senyuman manis. Ryan faham maksud di sebalik senyuman manis uminya itu.

Dia mengambil tempat di hadapan Puan Sri Aida. Di sebelahnya ada Hanim yang menayangkan muka tidak puas hati.

Zara mengambil tempat di sebelah Puan Sri Aida, berhadapan dengan Hanim. Suha mengambil tempat di sebelah Zara dan menayangkan riak jengkel dengan muka tidak puas hati Hanim.

"Heh, rasa tercabar lah tu." Nadra yang kebetulan mengambil tempat di sebelah adiknya memandang Hanim setelah mendengar bisikan Suha.

"Biasalah, biarlah dia." Suha hanya mengangkat bahu mendengar balasan Nadra. Dia menuangkan air ke dalam gelas.

Hanim menayangkan riak tidak puas hati. Sesekali dia mengerling ke arah Ryan yang sedang makan itu. Nak je dia sepak kaki perempuan dekat depan dia ni.

Ryan pula tidak tentu arah rasanya. Dia lemas dalam senyuman manis Zara. Wanita itu masih sama seperti dahulu.

Manis dan lembut orangnya. Sangat menjaga tutur kata. Tetapi selembut-lembut Zara Saffiya, jangan pernah mencabar dirinya.

Dia boleh berubah menjadi syaitan jika ada yang mencabar dirinya. Dadanya terasa sesak apabila berhadapan dengan Zara.

Dia hanya memasang telinga mendengar perdebatan kecil antara Zara dan uminya. Macam biasalah, Zara dengan degilnya dan Puan Sri Aida dengan tegasnya.

"Ala, tak apalah umi. Umi dah masak kan tadi, biarlah Zara pula yang cuci pinggan ni." Macam biasa, sikap degil Zara mana pernah hilang.

"Zara, umi cakap tak payah, tak payahlah. Bukannya banyak pun umi masak, Zara tak perlu susah-susah untuk cuci pinggan ni." Puan Sri Aida tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan Zara mencuci pinggan.

"Boleh lah umi. Biarlah Zara cuci pinggan ni. Boleh eh?" Zara mengukir senyuman memujuk. Puan Sri Aida mengeluh perlahan.

"Sikap degil kamu tak pernah hilang kan?" Zara tergelak dengan omelan Puan Sri Aida.

"Boleh ya?" Masih lagi tidak berputus asa, dia terus memujuk Puan Sri Aida untuk mengizinkan dia mencuci pinggan.

Seganlah dia kalau tidak melakukan kerja apa-apa. Sudahlah tadi Puan Sri Aida sudah memasak untuknya, sekarang ni biarlah dia pula yang cuci pinggan, mangkuk yang digunakan.

"Ya lah, ya lah." Akhirnya Puan Sri Aida mengalah dan mengizinkan Zara mencuci pinggan.

Zara tersenyum lebar. Dia mengenyitkan mata kepada Puan Sri Aida lalu bergerak ke sinki membawa pinggan kotor yang digunakan.

Tan Sri Razali dan Puan Sri Aida hanya mampu menggeleng dengan sikap Zara. Dari sebelum menjadi menantu dalam rumah ini sehinggalah menjadi bekas menantu, sikap Zara sama sahaja.

                            ~~~~~

Sedang Zara mencuci periuk, seseorang datang ke arahnya. Zara sedar akan kehadiran orang itu, namun hanya diendahkan sahaja.

"Apa niat kau datang sini?" Mata digulingkan ke atas tanda menyampah dengan soalan yang dilontarkan buatnya.

"Ayah yang suruh." Selamba dia menjawab. Malas nak layan lama-lama.

"Ayah yang suruh atau kau datang sini sebab nak tagih kasih dekat suami aku?" Zara tergelak mendengar soalan itu.

"Buat apalah aku nak tagih kasih dia. Kau fikir aku perampas macam kau ke?" Hanim terdiam mendengar kata-kata Zara.

Pengorbanan Sang Isteri 2Where stories live. Discover now