Bab 8

57 7 0
                                    

Makan tengah hari bersama keluarga kecil itu terasa senang. Melihat senyum tawa dua kanak-kanak itu buatkan Zara rasa bahagia.

Malam itu, dia duduk di balkoni biliknya. Angin malam yang sepoi-sepoi memberikan kenyamanan padanya.

Jauh dia termenung memikirkan keputusan yang perlu dia buat. Andai itu telah ditakdirkan buatnya, siapa dia hendak menolak takdir tersebut.

Kotak cincin yang sempat diambil tadi, dipandang. Otak ligat memikirkan keputusan apa yang harus dia buat.

Mata memandang lurus ke hadapan. Dia sendiri pening dengan dirinya. Entah apa yang sebenarnya dia mahukan.

Sehingga larut malam Zara masih lagi termenung di balkoni itu. Lamunannya terhenti apabila seseorang mengetuk pintu slaid balkoni biliknya.

Pandang sebelah, matanya bertaut dengan mata Zarif. Satu-satunya keluarga yang dia ada. Lelaki kedua yang dia sayang selepas arwah papa.

"Jauh termenung, sampai along panggil berkali-kali pun tak dengar." Zarif mengambil tempat di sebelah adiknya.

"Dah lama ke along dekat situ?" tanya Zara.

"Lama tak lama, kalau goreng telur dah boleh makan dah." Zara tergelak kecil dengan jawapan Zarif.

Lengan Zarif dirangkulnya. Kepala dilentokkan di bahu Zarif. Terasa nyaman sekali. Lama sudah dia tidak bermanja dengan alongnya itu.

"Manja semacam ni, ada nak apa-apa ke?" Zarif menggosok kepala adiknya yang tidak tertutup itu lembut menggunakan sebelah tangannya yang bebas.

"Mana ada. Nak bermanja dengan along je, takkan tak boleh?" Kepala didongakkan memandang Zarif.

"Siapa kata tak boleh? Along tanya je. Fiya termenung apa tadi? Jauh sangat tu." Zara menyelesakan kepalanya di bahu Zarif.

"Along, keputusan apa yang harus Fiya lakukan?" Zarif tersenyum kecil. Tahulah dia persoalan itu menyesakkan fikiran Zara.

"Fiya rasa Fiya suka dia tak?" Zarif cuba bermain psychology Zara.

"Entahlah. Sikap dia buat Fiya rasa annoying, tapi kadang-kadang ia menyenangkan Fiya." Pening Zara dengan perasaannya. Entah suka, entah tidak.

"Anak-anak dia, Fiya suka?" Zarif mencuba dengan soalan lain pula.

"Of course, they are so cute." Terpancar riak kegembiraan di wajah Zara apabila mengingatkan kanak-kanak comel itu.

"Kalau boleh suka anak, takkan tak boleh suka ayah dia." Zara mengerutkan keningnya. Zarif dipandang dengan tanda tanya.

"Fiya suka anak-anak dia kan? Jadi tak mustahil untuk suka ayah dia. Suka, sayang, cinta boleh dipupuk. Yang penting, kena usaha.

Tanya hati Fiya betul-betul. Sama ada Fiya boleh terima Farhan atau tidak." Zarif menjelaskan ayatnya yang tadi. Tahu sangatlah dia yang Zara tidak memahami ayatnya tadi.

"Along terima ke kalau Farhan tu jadi adik ipar along?" Zarif tergelak mendengar pertanyaan Zara.

"Kalau along tak terima, tak adanya along nak kenalkan korang berdua. Along kenalkan Farhan dengan Fiya tu, maksudnya along dah terima kalau dia jadi adik ipar along. Faham sweetie?" Hidung adiknya dicuit.

"Fiya tak pasti, keputusan apa yang Fiya harus lakukan. Setengah hati Fiya menyuruh untuk cuba memberi Farhan peluang, setengah lagi mengatakan tidak." Zara merangkul lengan Zarif lebih erat. Terasa nyaman pula berada di sebelah alongnya.

"Mohonlah petunjuk Allah. Dia maha mengetahui akan segalanya. Minta padaNya. Buat solat istikharah. In sha Allah, Fiya akan temui jawapan." Zara mengangguk faham.

Pengorbanan Sang Isteri 2Where stories live. Discover now