Puan Sri Imelda menetapkan tarikh perkahwinan mereka. Lagi 5 bulan mereka bakal melangsungkan perkahwinan.
Zara hanya bersetuju. Benda yang balik elok dipercepatkan. Lagipun tidak manis jika mereka sering keluar bersama.
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan demi menjaga air muka kedua-dua belah pihak, eloklah dipercepatkan tarikh perkahwinan tersebut.
Farish dan Iyya merupakan orang yang paling gembira. Tidak kurang juga Puan Sri Imelda dan Zarif. Masing-masing gembira dengan penerimaan Zara.
Zara memaklumkan berita itu kepada rakan-rakannya. Kesemuanya gembira dan mendoakan kebahagiaan buat Zara.
Petang itu, setelah Zara pulang daripada pejabatnya, dia bergerak menuju ke tanah perkuburan Islam. Jag air yang diletakkan di atas kerusi sebelah penumpang diambil. Yasin yang terdapat di dalam dashboard turut diambil.
Dia melangkah menuju ke deretan kubur arwah emak, ayah, abang dan kakak ipar angkatnya. Kerusi yang tersedia di sebelah kubur itu didudukinya.
Dengan lafaz bismillah, dia mula membuka yasin di tangannya, lalu membaca surah tersebut. Selesai, dia membaca doa dan menyiram kubur-kubur itu dengan air yang dibawanya tadi.
"Assalamualaikum mama, papa, abang dan kak Fia. Zara datang ni. Zara rindu dengan semua. Semoga mama, papa, abang dan akak tenang di sana.
Mama, Zara akan berkahwin tak lama lagi. Kalau mama masih ada, mesti mama happy kan. Ma, I miss you so much. Terasa sebentar saja masa berlalu.
Mama, Zara rindu nak peluk mama, nak cium mama, nak usik mama, nak gelak dengan mama. I miss everything about you, mama." Suaranya kian serak dan sayu. Air mata mula gugur dari tubir matanya.
"Mama doakan kebahagiaan Zara ya. Mama tenanglah di sana. Zara akan jaga Fiqa sebaiknya. Akan didik dia menjadi wanita solehah.
Mama, papa, abang, akak, Zara pergi dulu. Ada masa, Zara datang lagi. Jumpa di sana ya. Assalamualaikum."
Zara mula bangkit dari duduknya. Senyuman nipis diukirnya sebelum perlahan-lahan dia berlalu pergi meninggalkan tanah perkuburan tersebut.
~~~~~
Zara menjalani hari-harinya seperti biasa. Cuma kebelakangan ini dia sibuk dan sering ke luar negara bagi menghadiri mesyuarat dan menyelesaikan masalah-masalah syarikat.
Kini berbaki sebulan lagi sebelum dia bergelar seorang isteri, sekali lagi. Segala persediaan hampir siap sepenuhnya.
Zara meregangkan otot-ototnya setelah beberapa jam menyiapkan kerja. Jari-jarinya dipatahkan, kebiasan baginya setelah selesai membuat kerja.
Jam di dinding dipandang. 2 a.m. Dia mengemas segala fail dan kertas yang bertaburan di atas meja kerjanya. Laptop dimatikan sebelum dia bangun daripada duduknya.
Dia bergerak ke arah balkoni. Langsir ditarik lalu pintu gelongsor dibuka. Angin yang agak kuat menerpa dirinya.
Zara melangkah ke luar balkoni. Pandangan matanya lurus ke arah bangunan-bangunan pencakar langit. Bandar Kuala Lumpur tidak pernah sunyi tanpa kenderaan.
Agak lama dia berdiri di situ, dia masuk ke dalam biliknya. Selesai menutup pintu, dia bergerak ke bilik air.
Langsir dibiarkan terbuka membenarkan biasan cahaya rembulan masuk ke kamarnya. Selesai melakukan rutin sebelum tidur, Zara keluar dan menuju ke arah suis.
Suis lampu dimatikan lalu suis kipas dihidupkannya. Biliknya kini hanya disinari dengan cahaya rembulan yang masuk melalui pintu gelongsor.
Tubuh dibaringkan di tengah-tengah katil. Kipas yang berputar ditenungnya. Fikirannya menerawang memikirkan tentang perkahwinan yang bakal berlangsung nanti.
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...