Zara memandang tasik di hadapannya. Sungguh indah dan damai. Lagi-lagi waktu pagi macam sekarang ni, tiada gangguan daripada orang ramai.
Selesai dia jogging tadi, dia berhenti di hadapan tasik ini. Angin sepoi-sepoi di pagi hari sungguh menenangkan Zara.
Dia menarik nafas dalam lalu dihembus. Mata dipejam rapat untuk merasai ketenangan di tasik ini. Bayu angin menampar lembut pipi Zara membuatkan dia tersenyum kecil.
'Ahhhh, nyaman sungguh,' bisik hatinya.
Zara membuka matanya apabila terdengar ranting kayu dipijak berhampiran dengannya. Dikalihkan pandangannya ke kiri.
Kosong.
Pandang kanan, matanya bertembung dengan mata hitam pekat itu. Seketika, dia kaku di situ. Setelah sekian lama, mereka tidak berjumpa, akhirnya, mereka beretemu di sini. Perjumpaan yang tidak disengajakan.
"Assalamualaikum, saya ganggu awak ke?" Tegur gerangan yang berdiri di sebelahnya.
"Waalaikummussalam, tak ada lah." Suaranya kedengaran sedikit terkejut dan kekok.
"Sihat?" tanya si dia.
"Sihat, alhamdulillah. How about you?" Cuba mengusir rasa kekok itu pergi, Zara bertanyakan tentang si dia pula.
"Alhamdulillah, sihat. Business macam mana?" Oh sungguh, begini lah kehidupannya apabila bergelar jutawan. Perjumpaan santai sekali pun, pasti akan ditanya soal business.
"Alhamdulillah, everything good." Terpaksa juga dia menjawab walau separuh hatinya tidak ingin menjawab persoalan itu.
Dia mahu melupakan soal pekerjaannya ketika hujung minggu. Mahu merehatkan fikiran dari terus berfikir soal business.
"Lama tak nampak, pergi mana?"
'Ehhhh, ni nampak macam aku stalk dia pula. Bodoh lah kau ni Zara, kenapalah kau pergi tanya soalan macam tu.' Dia menyumpah seranah dirinya.
"Awak stalk saya ke?" Senyuman mengusik diukirkan jejaka itu.
"Tak lah, mana ada. Kebetulan, saya pergi pejabat, awak tak ada. Pergi rumah pun, awak tak ada juga." Itu lah padahnya bila bercakap tak fikir dahulu.
"Bila awak pergi rumah?"
"Beberapa minggu lepas. Pergi jumpa umi." Sebelum Ryan bertanya atas urusan apa dia pergi ke rumah jejaka itu, lebih baik dia beritahu awal-awal.
Ryan? Yes, Ryan. Lelaki itu yang berdiri di sebelah Zara. Warna mata hitam pekat itu milik si lelaki tersebut." I see. Ingat stalk saya tadi." Masih dalam mood mengusik, dia melontarkan ayat tersebut.
"Perasan." Dan terhamburlah gelak Ryan mendengar ayat itu.
"I got to go. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Assalamualaikum." Zara meminta diri untuk pulang. Masih ada kerja yang perlu dia lakukan.
"Okay, take care. In sha Allah, waalaikummussalam." Selesai berbalas senyuman, Zara berlalu pergi dari situ.
Ryan mengukir senyuman kecil. Terbayang di ruang fikirannya, saat-saat dia bersama Zara dahulu. Bodohnya dia permainkan cinta Zara terhadapnya.
Kini, hanya tinggal penyesalan. Semuanya telah menjadi sejarah silam. Andai masa dapat diputar kembali, tak akan dia persiakan cinta yang Zara berikan.
Namun itu semua hanyalah angan-angannya sahaja. Zara mungkin sudah menjadi milik orang sekarang memandangkan dia kerap melihat Zara bersama dengan seorang lelaki dan dua orang kanak-kanak.
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...