Bab 4

70 11 2
                                    

Zara masuk ke dalam markasnya. Kelihatan 5 orang anak buah White Angle diikat di sudut ruang itu. Muka yang lebam akibat ditumbuk anak buahnya.

"Bawa mereka ke tempat biasa," ujar Zara dingin.

Dia turun ke tingkat bawah tanah dan masuk ke dalam sebuah bilik itu. Di dalam bilik itu terdapat berbagai alatan tajam.

Kemudian, anak buahnya membawa kelima-lima orang tadi masuk ke dalam bilik itu. Zara hanya memandang sahaja.

"Pisahkan mereka," kata Zara.

Dia tak mahu mereka dalam bilik yang sama, jadi dia menyuruh anak buahnya menempatkan mereka di bilik yang berbeza.

Seketika kemudian, muncul Mira dengan sebuah fail. Fail itu diberikan pada Zara. Zara menyuruh Mira keluar dari bilik itu.

"Darish, hm not bad." Zara mengelilingi lelaki yang diikat pada tiang itu sambil membaca apa yang tertera di dalam fail itu.

Dia berhenti di hadapan lelaki itu. Senyuman kecil diukir. Mata yang merah itu menatap ke dalam mata lelaki tersebut.

"Lepaskan aku Shadow, tolong lepaskan aku," kata lelaki itu ataupun Darish nama sebenarnya.

"Boleh, tapi kenalah lalui tantangan aku dulu," ujar Zara.

Mata Darish memandang Zara. Zara mengukir senyuman senget. Tubuh Darish yang diikat pada tiang dilepaskan.

"Tak best lah dekat tiang, kita main dekat dinding eh," ujar Zara.

Tubuh Darish di tolak ke dinding lalu tangan dan kaki nya dirantai. Rantai itu dililitkan pada tiang. Zara bergerak ke arah meja di sudut bilik itu.

Beberapa anak panah diambilnya. Senyuman manis diukir pada Darish. Dia menatap Darish lama. Darish menelan air liur apabila muncung panah itu menghala ke arahnya.

"Ready?" tanya Zara lalu tergelak kecil.

Tup.

Anak panah itu melekat pada dinding, tepat di sebelah paha Darish. Satu anak panah lain diambil lalu dilempar ke arah paha yang satu lagi.

Tup.

Zara tergelak kecil apabila anak panah itu melekat di dinding tepat di sebelah pinggang lelaki itu. Dia seolah bermain dart challenge.

Zara meneruskan permainannya itu. Dilempar satu persatu anak panah yang berada di tangannya sehinggalah tubuh Darish dikelilingi oleh anak panah yang dilempar oleh Zara.

"Last one," ujar Zara. Dia tergelak seketika sebelum wajahnya diseriouskan kembali.

Tup.

"Arghhh." Jeritan Darish bergema di situ.

Anak panah itu melekat di paha kirinya. Darah mula mengalir keluar membasahi seluar yang dipakainya. Zara tersenyum lebar.

"Thanks for today. Bye," ujarnya lalu keluar dari bilik itu meninggalkan Darish yang dalam kesakitan.

Bilik di sebelah bilik itu ditujunya. Buka sahaja pintu, kelihatan Ben dan seorang lelaki yang digantung kedua tangannya ke atas.

Kaki lelaki itu tidak mencecah lantai menyebabkan dia tergantung dengan kedua-dua tangannya yang dirantai lalu rantai itu diikat pada besi gantungan.

(Ayat tersangat berbelit ya)

"Aku patut main apa dengan kau ya, hm. Biar aku fikir," kata Zara.

"Pukul? Hm, agak membosankan. Tumbuk? Tak seronok. Tendang? Tak menarik," kata Zara.

Pengorbanan Sang Isteri 2Where stories live. Discover now