Aiman, Ben dan Riz masuk ke dalam rumah agam itu. Sofa dituju mereka. Sempat Riz dan Ben tolak satu sama lain berebut tempat duduk.
Aiman hanya mampu menggeleng dengan perangai kebudak-budakkan mereka itu. Dia menyandar kepala di sofa lalu mata dipejam.
Zara keluar dari dapur menuju ke ruang tamu. Terkedu seketika dia melihat bantal-bantal kecil yang diletakkan di atas sofa berselerak di atas lantai.
Kemudian, matanya naik memandang dua figura yang sedang bermasam muka. Tahulah dia dari mana puncanya bantal-bantal itu berselerak.
Jam di dinding dipandang, 6:55 p.m. Bantal-bantal itu dikutip lalu dibalingkan ke arah Riz dan Ben. Mereka yang terlelap itu pantas membuka mata.
"Naik, mandi, solat. Dah lewat ni, lepastu turun makan." Zara mengeluarkan arahan.
Mereka yang sedikit mamai itu menurut sahaja arahan Zara. Zara bergerak ke arah Aiman yang tertidur di atas sofa itu.
"Aiman, Aiman." Zara memanggil nama itu untuk mengejutkannya. Bantal yang berada di tangannya digunakan untuk mengejut Aiman.
Zara menepuk bahu Aiman menggunakan bantal tersebut. Aiman tersedar dan mencelikkan matanya. Mata digosok untuk menghilangkan kabur.
Dia memandang ke arah Zara yang sedang berdiri sedikit jauh dengan sofa yang didudukinya itu. Muka blur ditayangkan.
"Bangun, naik atas mandi, solat. Lepas tu turun makan," kata Zara.
Aiman hanya mengangguk kecil dan bergerak ke arah tangga. Begnya ditinggalkan di situ. Zara menggeleng perlahan lalu mengemas tempat itu.
~~~~~
Keesokan harinya, Zara pergi ke rumah Zarif. Fiqa di sebelah dipandang. Gadis itu sedang bermain dengan telefon bimbitnya.
"Fiqa," panggil Zara.
"Ya, maksu."
"Esok maksu kena flight ke Ottawa, so Fiqa nak stay mana?" tanya Zara.
"Nak ikut maksu boleh?" tanya Fiqa dengan suara meleret.
"Tak bolehlah sayang, esok kan Fiqa sekolah," ujar Zara.
"Kalau macam tu nak stay rumah pak long," kata Fiqa.
"Sure?" tanya Zara.
"Yes, I am."
"Kalau macam tu, kita kena patah balik lah. Ambil barang sekolah Fiqa," kata Zara.
"Ok," sahut Fiqa dengan ceria.
Zara ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Dia memandu pulang ke mansionnya kembali. Kereta diparkingkan di luar pagar rumah itu.
Selesai mengambil semua keperluan Fiqa, mereka bergerak ke rumah Zarif. Zara memarkingkan keretanya di tempat yang disediakan.~~~~~
Malam itu, mereka berkumpul di ruang tamu. Hanya Zara, Zarif dan Syya sahaja yang berada di situ, Fiqa dan anak-anak mereka berada di atas.
"Fiya," panggil Zarif."Ya."
"Fiya tak nak cari teman hidup ke?" tanya Zarif.
Zara yang sedang menonton televisyen itu memandang alongnya. Keningnya terangkat mendengar soalan itu.
"Apa maksud along?" tanya Zara.
"Fiya tak nak cari teman hidup ke? Buka hati terima orang baharu dalam hidup Fiya," kata Zarif.
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...