Bab 20

178 6 1
                                    

*Dua tahun kemudian*

Zara memandang ke arah anak-anaknya yang saling berkejaran dengan senyuman manis. Tubuhnya disandarkan pada kerusi.

Angin malam yang berhembus lembut menenangkan dirinya yang keletihan. Teh panas yang terhidang di atas meja dituang ke dalam cawan lalu dihirup.

Terasa segar ketika air panas itu melalui tekaknya. Ditambah lagi dengan suasana malam yang begitu indah dan tenang, benar-benar menjadi terapi buatnya.

"Careful sayang, jatuh nanti."

Zara tersenyum melihat anak-anaknya yang semakin tumbuh membesar. Dicurahkan sepenuhnya kasih sayang buat mereka. 

Zara tersentak ketika sepasang tangan memeluknya dari belakang. Kucupan lembut dihadiahkan di pipinya. Zara tersenyum kecil apabila dimanjakan begitu.

"Senyuman sayang manis lah, manis mengalahkan gula."

"Membodek ke ni? Kuat betul memuji, ada nak apa-apa ke?"

"Mana ada. Betullah, senyuman sayang manis. Lagi manis bila sayang berbadan dua ni. Seri ibu mengandung lah katakan."

Zara mencebik kecil. Suaminya ini tidak habis-habis mengusiknya. Ada sahajalah  akal lelaki itu untuk mengusiknya. Suka benar melihat dia marah ataupun malu.

"Sayang," panggil lelaki itu lembut.

"Ya? Kenapa?"

"I love you," ucap lelaki itu penuh romantis.

Dia mengambil tempat di sebelah Zara. Kerusi yang Zara duduki ditarik agar menghadapnya. Kini matanya saling bersatu dengan mata isterinya.

"Mata sayang indah bak permata yang bersinar. Setiap kali abang renung ke dalam mata sayang, pasti abang akan tenggelam." Ujar lelaki itu dengan nada yang romantis.

"Bermain kata ya dia," kata Zara seraya mencuit hidung suaminya.

"Alaaaa sayang ni, abang baru je nak berpuitis. Sayang kacau la," rengek lelaki itu.

"Ya lah, ya lah. Sayang minta maaf ya, sambung lah puitis abang tu."

"Tak nak, nak merajuk dengan sayang." Tangannya disilangkan ke dada tanda merajuk dengan isterinya itu.

"Eh eh bapa orang ni, makin mengada-ngada ya. Cubit kang," ujar Zara seraya mengacah mahu mencubit lelaki itu.

"Cubitlah, tak kesah. Mak orang selalu buat bapa orang merajuk. Malas kawan."

"Ya Allah mengadanya. Anak siapalah ni," cemuh Zara bersama cebikan.

"Anak orang."

"Ya lah, memanglah anak orang. Sayang tak cakap pula abang tu anak kucing."

"Eiii sayang ni kan, suka lah buat orang macam ni."

Zara tergelak kecil. Menggeleng dia dengan telatah suaminya itu. Semakin hari semakin menjadi-jadi sikap mengadanya.

Berbeza dengan Ryan yang dia kenal dahulu. Ryan? Ya, Ryan Ashraf. Suaminya buat kali kedua.

Mereka bersatu di atas takdir Allah subhanahu wataala. Selepas daripada kejadian hari itu, Zara membawa dirinya ke Moscow bersama Iyya dan Farish.

Setengah tahun mereka di sana, Zara kembali semula ke tanah air selepas syarikat di sini dipecah masuk dan dirompak.

Semenjak daripada itu, Zara menetap semula di Kuala Lumpur. Pertemuan semula antara dia dan Ryan ketika mereka menghadiri satu acara yang dianjurkan oleh rakan perniagaan mereka.

Pengorbanan Sang Isteri 2Where stories live. Discover now