Penghargaan

75 3 4
                                    

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi saya berjaya tamatkan juga cerita Pengorbanan Sang Isteri 2. Tak terhingga rasa syukur tersebut.

Setelah setahun lebih cerita ini berlangsung, akhirnya pada malam raya aidilfitri berjaya juga saya tamatkan. Memang niat saya untuk tamatkan pada malam hari raya dan alhamdulillah ia tercapai.

Sejujurnya karya ni amat berat bagi saya disebabkan saya betul-betul kehilangan idea untuk sambung. Cerita ini tiada dalam perancangan awal dek ending bagi PSI sememangnya sedih.

Namun ramai yang meminta agar saya sambung kisah ini, maka setelah berfikir dua tiga kali saya lakukan jua.

Saya memang betul-betul terkilan dengan diri saya sendiri kerana saya tak mampu menamatkan cerita ini secepatnya.

Terlalu lama masa yang diambil untuk tamatkan cerita ini. Saya betul-betul stuck untuk sambung kisah Zara Saffiya ni.

Tapi saya cuba semampu saya untuk sambung jua. Saya minta maaf andai cerita ini tidak menepati citarasa anda semua.

Saya minta maaf juga cerita ini tak memuaskan. Saya dah cuba sebaik mungkin agar cerita ni tak hambar. Jika ia masih lagi terasa hambar, itu kerana kekurangan saya sendiri.

Saya ada alasan yang tersendiri kenapa Ryan Ashraf juga yang jadi hero untuk cerita ni.

Pertama, saya nak menitik beratkan tentang peluang kedua. Semua orang layak untuk diberi kemaafan dan diberi peluang kedua.

Kedua, semua orang boleh berubah. Ini juga salah satu perkara yang saya mahu titik beratkan dalam cerita ni. Semua orang boleh berubah.

Jangan pandang remeh kepada mereka yang melakukan kesalahan kerana kesalahan itulah yang memberi pelajaran kepada mereka semua.

Tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan di atas muka bumi ini. Hatta Allah ampunkan hambaNya, nabi ampunkan umatnya, kita sesama hamba ini takkan mahu menghukum sesama sendiri.

Ketiga, takdir. Saya mahu sentuh bab takdir kerana itulah saya jadikan Ryan sebagai hero dalam cerita ini. Takdir Allah itu kita tak mampu jangka.

Takdir Allah itu sangat indah. Jadi untuk setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, jangan pernah salahkan takdir.

Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Di saat kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Jadi itu beberapa alasan mengapa Ryan menjadi hero untuk cerita kali ini. Saya minta maaf jika ada pembaca yang tidak berpuas hati tapi saya cuba jadikan cerita ini tidak kosong semata-mata.

Saya cuba untuk meletakkan satu pengajaran yang pembaca dapat ambil daripada cerita ini. Saya minta maaf sekali lagi andai ada yang tidak berpuas hati dengan sambungan ini.

Saya rasa itu sahaja yang saya mahu sampaikan. Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah silap, tersalah bicara, terkasar bahasa.

Saya minta maaf di atas kekurangan yang terdapat dalam cerita ini. Yang baik daripada Allah subhanahu wataala dan yang kurang itu daripada kelemahan saya sendiri.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua umat Islam. Jaga diri, semoga kita berjumpa lagi.

Dengan ini, saya mengundurkan diri dahulu. Bagi sesiapa yang masih belum claim ebuku yang bertajuk Suratan Terindah, boleh tekan link yang terdapat di conversation ya.

Jangan lupa vote, comment and share. Thank you guys so much. Assalamualaikum to all muslim dan salam sejahtera to non muslim.

Start : 1/1/2022
End : 22/4/2023

Pengorbanan Sang Isteri 2Where stories live. Discover now