Zara cuba memberikan peluang kepada dirinya dan Farhan. Hatinya cuba dibuka buat lelaki itu. Malah dia turut sama memberikan peluang kepada Farhan untuk terus memikatnya.
Jika dahulu, setiap tingkah laku Farhan sering mendapat bantahannya namun sekarang dia hanya membiarkan sahaja perkara itu, seolah-olah memberikan ruang kepada lelaki itu untuk menjentik tangkai hatinya.
Farhan yang sedang ralit memasak dipandangnya. Jelas lelaki itu langsung tidak kekok berada di dapur. Seolah-olah memasak merupakan kegemarannya sahaja.
"Dah puas tenung saya?" usik Farhan apabila mata Zara langsung tidak lepas daripada memandangnya.
"Memandai je, saya tak tenung awak pun la. Saya tengok awak masak apa je," nafi Zara. Mukanya sudah kemerah-merahan dek malu.
Farhan tergelak kecil dengan penafian Zara. Muka isterinya yang kemerah-merahan itu dipandang. Hidung mancung itu dicuitnya.
"Nak cover apa lagi sayang? Jelas-jelas awak sedang tenung saya. Kalau tak kenapa muka awak merah-merah ni? Mengaku je lah sayang, tak salah pun."
Zara menepis lembut tangan suaminya. Pandangannya dialihkan daripada memandang lelaki itu. Malu kerana sudah terkantoi sedang memerhati suaminya memasak.
Hati Farhan dijentik rasa lucu. MasyaAllah, comel sungguh isterinya ini. Farhan kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
~~~~
"Sayang."
Serta merta pipi Zara mula menjadi merah. Setiap kali suaminya memanggil dia dengan panggilan itu, hatinya mula menjadi tidak tenteram.
Jantung berdegup lebih kencang berbanding biasa. Nafas yang diatur juga terasa tersekat di rangkungan. Pipinya pula seringkali memerah setiap kali panggilan itu meluncur keluar daripada mulut suaminya.
Farhan tersenyum sendiri melihat pipi isterinya yang mula kemerahan. Wanita itu dipeluk dari belakang sehingga menyentakkan isterinya.
"Kenapa sayang tak jawab bila saya panggil?" soal Farhan dengan lenggok suara manja.
Astaghfirullahalazim, Zara sudah merasakan pipinya kian kebas. Malunya sudah tidak tergambar lagi. Pipinya pula sudah semerah tomato.
Farhan membalikkan tubuh Zara agar menghadapnya. Dagu isterinya dipegang dan diangkat supaya memandangnya.
Saat mata mereka saling bertentangan, terbias kegusaran di sebalik mata hitam kecoklatan itu. Farhan mengukir senyuman manis buat bidadarinya itu.
"Zara Saffiya, awak adalah anugerah daripada Allah buat saya. Saya tak mampu berjanji untuk sentiasa membahagiakan awak tetapi selagi nyawa dikandung badan, saya tidak akan pernah berhenti mencuba untuk buat awak bahagia.
Jadi, izinkan saya menemani setiap langkah awak hingga akhir hayat saya. Izinkan saya ya?" Lembut tutur bicaranya sehingga mampu meluluhkan hati seorang Zara Saffiya.
Zara tidak memberikan sebarang reaksi namun matanya jelas menunjukkan yang dia terpegun dengan kata-kata lelaki itu.
Farhan melabuhkan kucupan di dahi wanita itu. Senyuman manis semakin menghiasi bibirnya. Mata isterinya ditatap lembut.
"Your eyes so beautiful, love. I fell in love with you everyday," ucap Farhan penuh romantis.
Zara terpegun mendengar ucapan tersebut. Matanya tidak dilarikan daripada memandang mata suaminya. Jelas mata coklat itu menunjukkan ketulusan lelaki itu ketika berbicara.
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...