Mata Zara melilau ke sana sini. Sesekali pandangannya tertumpu ke arah lorong yang gelap itu. Aura tegang memenuhi kawasan tersebut.
Zara memusatkan pandangan ke sebelah kirinya. Spontan dia menyendengkan tubuhnya ketika sebilah parang hampir mengena bahunya.
Seleret senyuman sinis terukir di bibirnya. Dia mara di hadapan musuhnya. Matanya dan mata musuh saling bersatu.
Terbias api kemarahan di dalam dua pasang mata itu. Saat musuh mula menyerangnya, Zara pantas bergerak sesuai dengan strateginya.
Dia melompat ke arah dinding sebelum menendang tengkuk musuh. Setelah kakinya mendarat di atas lantai, kakinya dipusingkan 360 darjah sebelum sekali lagi dia menendang batang tengkuk musuh sehingga musuh tersungkur.
Serangan daripada belakang dipatahkan begitu sahaja. Siku digunakan untuk menyiku rusuk musuh.
Kemudian, lutut digunakan untuk menghentak rusuk musuh. Tumbukan dan tendangan diberikan silih berganti sebelum badan musuh dibanting ke dinding.
Beberapa orang musuh sudah terbaring lemah dek penangan Zara. Tulang mereka seakan dipatah-patahkan oleh wanita itu.
Kemaraan musuh bersama senjata tidak menggetarkan Zara. Dia duduk dalam posisi bersedia jika musuh bakal menyerangnya.
Segala serangan itu ditepisnya. Sesekali dia menyendengkan tubuhnya mengelakkan dia daripada terkena senjata tajam.
Zara dikepung oleh 5 orang lelaki. Sorotan matanya saling bersatu dengan mata musuh. Zara melonjakkan tubuhnya dan menendang dua musuh sekaligus.
Kawasan itu kembali gamat dengan pertarungan tersebut. Kini semua musuh sudah terbaring lesu. Seluruh tenaga mereka diragut oleh Zara.
Tulang-tulang mereka terasa benar-benar dipatahkan oleh wanita tersebut. Entah apa tenaga yang dimiliki oleh wanita itu sehingga dia berjaya menumpaskan 10 orang musuhnya.
"Masih mahu bermain?" soal Zara dengan sinis.
Dipandang anak-anak buah dark girl. Satu helaan nafas lemah terlepas di bibirnya. Senyuman sinis terukir di bibir wanita itu.
"Beritahu bos kalian, jika mahu bermain, tunjukkan sahaja mukanya. Usah bermain sorok-sorok dengan aku, aku tiada masa mahu bermain sorok-sorok dengannya."
Zara terus berlalu pergi setelah mengutarakan ayat tersebut. Tanpa dia sedari, seseorang sedang memerhatikan dia dari jauh.
"Tak mengapa Zara Saffiya, hari ini kau memang tapi bukan nanti. Aku akan pastikan kau hancur di tangan aku sendiri. Ready for it my sweetie." Sinis sekali gerangan itu berbicara.
Zara sampai di rumahnya jam 2 pagi. Rumah itu gelap gelita dek penghuninya sudah tidur. Duduk dilabuhkan di atas sofa.
Badannya diregangkan. Mulut yang menguap, ditutup. Tubuhnya dibaringkan di atas sofa. Entah bila masa dia terlelap di situ.
~~~~
Farhan tersedar jam 3 pagi. Kakinya melangkah menuju ke dapur sebelum langkahnya terhenti apabila matanya menangkap sekujur tubuh sedang terbaring di atas sofa.
Dia bergerak ke arah isterinya yang tertidur pulas di atas sofa. Lutut dijatuhkan di sisi wanita itu. Kepala yang masih berbalut tudung, diusap lembut.
Tubuh Zara diangkat lalu dibawa ke bilik mereka. Farhan meletakkan tubuh isterinya perlahan-lahan, khuatir ia bakal mengganggu lena si isteri.
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...