Bab 14

66 8 2
                                    

Zara terasa senang saat ahli keluarga Farhan mampu menerimanya dengan baik. Layanan mereka juga sangat baik terhadapnya.

Dia berdiri di balkoni pada waktu petang itu. Angin yang sepoi-sepoi menampar lembut wajahnya membuatkan segaris senyuman terukir di bibirnya.

Seketika dia tergamam saat ada satu tangan kekar memeluk dirinya dari belakang. Figura itu melabuhkan dagunya di bahu Zara.

Farhan tersenyum kecil melihat Zara yang kejung itu. Semakin diketatkan pelukannya untuk mengusik wanita itu. Merah padam muka wanita itu saat dia mengetatkan pelukan.

"So now, what I want, I get. You are mine now, cik muda Zara Saffiya." Angkuh nada itu bersuara membuatkan Zara mencebik.

"Confident awak tu beli dekat mana ya? Saya rasa saya nak confident yang macam awak tu," ujar Zara dengan menyampah.

Farhan tergelak kecil. Oh sungguh, Zara ini sememangnya seorang yang sukar untuk dipikat. Tapi Farhan tetap Farhan, dia akan melakukan apa sahaja untuk memiliki hati Zara.

Zara memusatkan pandangannya ke hadapan. Jelas di matanya sekarang, rumah-rumah banglo yang dibina dua dan tiga tingkat.

Kadang Zara terfikir, bagaimana ya nasib orang yang tiada tempat berteduh. Apa perasaan mereka? Bagaimana mereka teruskan hidup?

Oh sungguh, saat soalan itu bermain di fikirannya, rasa sebak bertandang di hatinya. Ingin sekali dia menolong orang-orang yang susah itu.

Zara tersenyum kecil saat perkataan 'menolong' menjengah fikirannya. Otak ligat memikirkan rancangan untuk membantu mereka yang susah dan daif itu.

"Ada apa senyum-senyum ni?" soal Farhan.

"Tak ada apa," jawab Zara selamba.

"Tak nak kongsi ke sayang?"

Farhan menghamburkan gelak melihat cebikan Zara. Sengaja dia memanggil wanita itu 'sayang' untuk mengusik isterinya itu.

"Apa sayang-sayang?"

"Tak boleh ke saya nak panggil isteri saya sayang? Salah ke?" Semakin sakan Farhan mengusik isterinya itu.

"Ish, sudahlah. Lepaskan saya, saya nak masuk."

Tidak betah Zara di situ lama-lama. Farhan ini suka benar mengusiknya. Lagipun hari makin senja. Beberapa minit lagi, matahari akan tenggelam.

"Nak lari ke tu sayang?"

"Astaghfirullahalazim sudahlah Farhan. Suka kan usik saya?"

"Mestilah suka, cik muda Zara Saffiya ni sombong dan garang sangat orangnya. Susah nak tengok dia gelak."

"Sudah-sudah la tu panggil saya dengan gelaran itu. Tak selesa tahu?"

"Kenapa pula? Itu kan gelaran diri awak?"

"Farhan, saya tak minta pun untuk mendapat gelaran ini. Jadi, pinta saya, berhenti panggil saya dengan gelaran itu.

Cukup saya kena hadap panggilan itu sepanjang waktu bekerja saya," ujar Zara dengan sedikit tegas. Mukanya pula sudah tidak beriak.

"Ok saya minta maaf. Janganlah marah-marah sayang, takut saya. Saya janji tak panggil awak macam itu lagi, ok?" kata Farhan lembut, memujuk isterinya.

"Lepaskan saya Farhan, saya nak masuk. Dah senja," ujar Zara.

Farhan melepaskan pelukannya. Dilihat isteri yang baru dinikahi itu melangkah masuk ke dalam bilik. Farhan turut menyusul langkah isterinya.

~~~~

Pengorbanan Sang Isteri 2Where stories live. Discover now