"Daddy!"
Sergahan daripada dua orang anak kecil itu berjaya mematikan lamunan Farhan Ilyas. Dipandang anak-anaknya yang kini berada di atas ribanya.
"Daddy menungkan apa?" tanya Ilham Farish, anak sulung kepada Farhan.
"Tak ada apa Far, don't worry boy."
"Daddy, can I ask you something?" giliran si anak perempuan pula bertanya.
"Sure."
"Aunty tak setuju ke jadi mama kami?" tanya si kecil itu. Mata bulatnya memandang si ayah dengan pandangan berharap.
"Betul tu daddy, aunty tak nak ke jadi mama kami?"
"Daddy tengah pujuk aunty right now, so doakan daddy berjaya ok?"
"Okay daddy." Sahut mereka berdua dengan gembira.
"Daddy can I talk with aunty?" Petah si abang bertanya.
"Iyya pun nak, Iyya pun nak."
"Okay okay, let me call her." Telefon di atas meja kaca di situ diambil lalu dibuka. Nombor telefon Zara dicari lalu didail.
"Assalamualaikum, yes?" Kedengaran suara serak basah seperti baru bangun tidur di hujung talian.
"Waalaikummussalam, baru bangun ke?" tanya Farhan lembut.
"Hm." Zara menjawab dalam keadaan mamai.
"Diorang nak bercakap dengan awak."
"Okay."
"Here." Farhan menghulurkan telefonnya kepada anak-anaknya.
"Auntyyyyy!!!" Mereka menjerit keriangan.
"Yaaaa. How are you girl and boy?" tanya Zara dengan suara yang tidak kurang ceria. Hilang sudah suara yang mamai tadi.
"Sihat, aunty sihat?" tanya Farish.
"Sihat alhamdulillah. Korang nak date dengan aunty tak? Only us." tanya Zara dengan ceria.
"Nakkkk."
"Okay then, tanya daddy sama ada daddy izinkan atau tak."
"Daddy, can us date with aunty? Please daddy." Suara dileretkan untuk memujuk daddynya.
"Sure." Farhan memberikan keizinan buat mereka. Apa lagi, bersoraklah dua orang anak kecil itu.
"Aunty, daddy dah bagi keizinan. Bila kita nak date aunty?" tanya Farish dengan riang.
"Hahaha, okay okay. Dalam satu jam lagi, aunty jemput korang. Get ready tau."
"Okayyyy."
Lantas panggilan tersebut ditamatkan oleh Zara setelah dia memberi salam. Dia bangkit daripada duduknya lalu bilik mandi dituju.
Setengah jam kemudian, Zara turun daripada biliknya. Rumah itu sunyi sepi. Dia sedia maklum bahawa alongnya membawa keluarga kecilnya keluar.
Zara mengenakan baju blouse berwarna mint green, dipadankan dengan skirt hitam dan shawl yang sedondon dengan bajunya.
Heels 2 inci berwarna hitam menjadi pilihannya. Kunci kereta Lamborghini venenonya diambil lalu dia melangkah keluar daripada rumah.
Selesai mengunci pintu rumah, Zara masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan lalu menunggu beberapa minit.
Setelah enjin keretanya panas, Zara mula menurunkan break lalu memasukkan gear. Keretanya perlahan-lahan mengundur keluar daripada perkarangan rumah Zarif.
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...