Bab 18

79 6 3
                                    

Farish dan Iyya yang sedang berkejaran dipandang tanpa berkelip. Hanya sorotan matanya sahaja yang menemani setiap langkah anak-anaknya namun fikirannya sudah melayang entah ke mana.

Farhan melabuhkan duduk di sebelah si isteri yang kelihatan jauh termenung. Anak-anaknya yang sudah duduk berehat di bawah sebatang pokok dipandang silih berganti dengan sang isteri.

"Sayang," panggilnya lembut.

Zara masih lagi dalam lamunannya. Fikirannya menerawang memikirkan kata-kata Riz yang menyuruh dia memberitahu perkara sebenar kepada Farhan.

Bukan dia tidak mahu memberitahu perkara yang sebenarnya namun dia takut dengan penerimaan Farhan. Dia risau jika Farhan merasa tidak selamat bersamanya.

Zara tersedar daripada lamunan apabila satu tangan menyentuh lembut tangannya. Farhan di sebelahnya dipandang dengan bingung.

"Sayang termenung apa? Dari tadi lagi saya panggil," soal Farhan dengan lembut.

"Tak ada apa. Anak-anak mana?" Soalan diajukan demi menghilangkan rasa gusarnya.

"Tengok, pandai dia tukar topik. Anak-anak dekat bawah pokok sana tu, jawab soalan saya Fiya, awak termenung apa?" Kali ini nada Farhan kedengaran sedikit tegas.

Terkadang dia geram dengan sikap sambil lewa Zara. Wanita itu suka benar menjawab soalannya acuh tak acuh ataupun dia lebih memilih untuk tidak menjawabnya.

"Tak ada apa. Awak tak payahlah risau," ujar Zara dengan lembut.

Tangan suaminya digenggam. Entah sejak bila dia mempunyai keberanian untuk menyentuh lelaki itu namun apa salahnya jika dia mencuba kan? Bukan orang lain, lelaki itu suaminya juga.

Seketika Farhan terkaku ketika Zara menggenggam tangannya. Manakan tidak, jika sebelum ini wanita itu sering saja mengelak untuk bersentuhan dengannya.

Usahkan dipegang, terpegang saja cepat-cepat wanita itu mengalihkan tangannya. Seolah-olah dirinya ancaman buat isterinya.

Zara memandang anak-anaknya yang sedang berehat di bawah pokok itu. Dia berdiri lantas menarik tangan Farhan agar membuntuti langkahnya.

Zara melabuhkan duduk di hadapan anak-anaknya. Farish dan Iyya terus mendapatkan Zara dan memeluk tubuh ibu tiri mereka itu.

Biarpun wanita itu hanyalah ibu tiri namun kasih sayang yang dicurahkan olehnya sama seperti ibu kandung sendiri. Malah lebih daripada itu.

Dengan Zara lah, mereka mengenal apa erti kasih sayang daripada seorang ibu. Belaian dan perhatian yang Zara berikan benar-benar memberikan kebahagiaan buat mereka yang dahagakan kasih sayang seorang ibu sejak kecil lagi.

Zara mengusap lembut kepala anak-anaknya. Walaupun mereka hanyalah anak tirinya namun sudah dianggap mereka seperti anaknya sendiri.

Sebelum ini, sebentar sahaja dia mampu curahkan kasih sayangnya buat anaknya. Allah lebih menyayangi anaknya.

Jadi biarlah mereka berdua menjadi tempat untuk Zara curahkan kasih sayangnya yang selama ini hanya dicurahkan buat anak-anak saudaranya.

Farhan tersenyum sendiri melihat layanan Zara terhadap anak-anaknya. Tidak salah dia memilih wanita itu menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Zara sememangnya seorang yang sangat penyayang. Biarpun dia dikenali dengan seorang yang sangat tegas namun masih terselit kelembutannya.

Zara Saffiya, satu sosok yang menjadi contoh kepada ramai orang. Keteguhan, kesabaran, kekuatan, kejayaannya menjadi bualan ramai pihak.

Namun ada satu perkara yang sentiasa bermain di fikiran Farhan. Seberapa sayangnya dia kepada isterinya? Entah ikhlas atau tidak dia dalam memperisterikan wanita itu.

Pengorbanan Sang Isteri 2Where stories live. Discover now