Bab 5

76 10 0
                                    

Dia masuk ke dalam bilik pejabatnya. Duduk dilabuhkan di atas kerusi kulit. Komputer dihidupkan, badan disandar pada kerusi.

Tangan diletakkan di kiri dan kanan tempat meletak tangan kerusi itu lalu kerusi tersebut dipusing beberapa kali.

Fail di atas meja diambil, kerusi dipusingkan menghadap cermin kaca yang menampakkan pemandangan luar bangunan.

Diselak fail itu dan dibaca isi di dalam. Fokusnya diganggu dengan bunyi ketukan pada pintu biliknya itu.

Keizinan untuk masuk diberikan. Dia memusingkan kerusinya ke depan dan menggerakkan kerusi itu mendekati meja.

"Yes?"

"He has arrived," kata PAnya itu.

"Invite him in," ujar Zara.

Wanita tadi menundukkan sedikit kepalanya dan berlalu keluar. Beberapa saat kemudian, dia masuk kembali dengan dua orang lelaki yang lengkap bersut hitam.

"Have a sit," pelawa Zara.

"Thank you."

"Tea or coffee?" tanya Zara.

"It's up to you," jawab lelaki itu.

"Maria, make coffee."

Maria menunduk dan berlalu pergi. Mereka memulakan perbincangan untuk menjadi business partner. Beberapa minit, Maria masuk membawa air.

Perbincangan berlangsung selama hampir dua jam. Akhirnya, mereka sah menjadi rakan kongsi. Maria mengiringi dua orang lelaki tadi keluar.

Setelah mereka keluar dari biliknya, dia kembali menyandarkan badannya pada kerusi. Kerusi itu kembali dipusing menghadap luar bangunan.

Bangunan-bangunan pencakar langit dapat dilihatnya. Dia memejam mata seketika, memikirkan kembali kata-kata abangnya.

Dia belum sepenuhnya bersedia untuk mendirikan perkahwinan sekali lagi. Dia belum bersedia untuk kembali terikat dengan sesebuah perhubungan.

Tambahan lagi, nyawanya menjadi buruan ramai pihak. Tidak kira dalam dunia perniagaan mahupun dunia mafia.

Ramai yang ingin menjatuhkannya sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja. Pernah sekali, musuhnya ingin menembak Zarif, namun sempat dia tiba di situ dahulu.

Dia tidak tahu ingin membuat keputusan apa. Mahu mengikut kata abangnya atau teruskan kehidupannya seperti sekarang.

Ben, Riz, Mira dan Anis masuk ke dalam bilik pejabat Zara. Dilihat bos mereka yang sedang membelakangi mereka.

Anis bergerak ke arah Zara. Bahunya diangkat kepada mereka yang lain apabila melihat Zara yang sedang memejamkan matanya itu.

"Bos," panggil Anis sambil menggoncang bahu Zara.

Zara membuka matanya dan memberikan segaris senyuman. Kerusi dipusing menghadap meja kembali.

Alangkah terkejutnya dia melihat tiga orang yang sedang terpacak berdiri di hadapan mejanya itu. Dia berdeham seketika dan merapatkan diri ke meja.

"Kenapa?" tanyanya apabila semua mata tak berkelip memandangnya.

"Are you okay?" tanya Riz.

"Okay, I'm okay. Why?"

"Bos nampak macam ada masalah. Kenapa? Ada sesuatu yang ganggu bos ke?" tanya Mira.

"Tak adalah, saya ok je. Kita stay sini lagi 2 hari, then kita balik Malaysia."

Mereka semua hanya mengangguk bersetuju. Semua meminta diri untuk balik ke bilik masing-masing untuk menyambung kerja.

Pengorbanan Sang Isteri 2Where stories live. Discover now