Terdengar beberapa derapan kasut yang laju menghampiri Zara. Zara mengangkat mukanya apabila beberapa pasang kasut berdiri di hadapannya.
Senyuman pahit diberikan. Anis dan Mira mengambil tempat di sebelah Zara. Aiman dan Ben mengambil tempat berhadapan dengan Zara.
"Macam mana boleh berlaku bos?" tanya Ben.
"I don't know. Aku sampai-sampai dekat situ pun aku terkejut tengok tubuh dia penuh dengan darah. Aku berhenti dekat situ pun sebab Fiqa tunjuk," terang Zara.
Suaranya sedikit bergetar menahan debaran dan takut di dada. Aiman meraup mukanya. Ben menguak rambutnya ke belakang. Mira dan Anis menggosok belakang Zara menenangkan wanita itu.
Beberapa minit kemudian, Zarif tiba di situ. Dia memandang anak-anaknya yang berada di sebelah Fiqa. Kemudian, mata memandang wajah sugul adiknya itu.
Aiman dan Ben yang terpandang Zarif menundukkan sedikit kepala tanda hormat. Zara memandang abangnya dengan senyuman kelat.
"Fiya, along bawa diorang pulang dulu ya. Along kena masuk office balik ni," kata Zarif.
Zara hanya mengangguk. Zafril, Zhafira dan Fiqa menyalam tangannya sebelum mengikuti langkah Zarif.
~~~~~
Pintu bilik kecemasan itu terbuka selepas beberapa jam mereka menunggu di situ. Terus mereka menghampiri seorang doktor yang keluar dari bilik tersebut.
"Keadaan Encik Riz stabil, cuma dia masih belum sedarkan diri. Nanti kami akan pindahkan dia ke wad dan bolehlah semua lawat dia," ujar doktor itu.
"Wad VVIP ya doktor," kata Zara.
"Baik cik muda," ujar doktor tersebut sebelum berlalu meninggalkan mereka.
~~~~~
Beberapa hari tidak sedarkan diri, akhirnya Riz sedar juga. Dipandang Aiman yang tersengguk-sengguk di atas kerusi di sebelah kirinya.
Ben yang tertidur di sofa dan juga Zara yang sedang menghadap komputer riba di atas sofa. Hujung sofa itu menjadi tempat duduk Zara manakala hujung sofa satu lagi diduduki oleh Ben yang sedang tidur.
Zara yang perasan seseorang memerhatikan dia terus menutup komputer riba itu lalu mengangkat kepalanya memandang Riz yang terbaring di atas katil itu.
"Ingatkan tak nak sedar terus," sindir Zara.
Riz mencebik kecil. Sedar-sedar je dah kena sindir. Zara berjalan ke arah katil lalu kerusi di sebelah kanan Riz didudukinya.
"Berapa lama aku tak sedar?" tanya Riz dengan suara yang serak.
"5 hari," jawab Zara ringkas.
Riz hanya menganggukkan kepalanya. Zara memerhatikan gerak geri Riz yang ingin mengambil air itu. Gelas dicapai oleh Zara lalu air dituangkan ke dalamnya sebelum dihulur kepada Riz.
"Nak bangun?" tanya Zara.
Riz mengangguk. Zara menaikkan katil itu lalu meletak bantal di belakang Riz. Riz menyandar dengan tenang.
Zara kembali duduk lalu kedua tangan disilangkan. Kaki juga turut disilangkan. Dia memandang tepat ke arah Riz.
"Macam mana boleh accident?" tanya Zara senada.
"Kereta tu masuk laluan aku dan rempuh," jawab Riz mudah.
"Kerja siapa?" tanya Zara lagi.
"White angle."
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...