Zara melayani Farhan selayaknya seorang suami dilayan. Namun satu sahaja kekejaman yang Zara lakukan, segala layanannya hanya berstatuskan isteri, perasaan cinta mahupun sayang, langsung tidak ada buat lelaki itu.
Farhan pula sedaya upaya memikat hati isterinya itu. Segala cara dilakukan untuk memikat hati wanita itu. Namun hampa, semuanya seakan tidak terkesan buat wanita itu.
'Kenapa hati awak terlalu keras Zara Saffiya?'
Bermacam cara dilakukan namun semuanya tidak mendatangkan apa-apa hasil. Zara tetap dengan dirinya yang langsung tidak ada sekelumit pun perasaan dekat Farhan.
Bukan Zara tidak mahu memberikan hatinya kepada Farhan tetapi dia serik. Serik dengan kisah lalu. Dia menyerahkan hatinya kepada seorang lelaki sehingga akhirnya dia yang terluka.
Dia masih belum bersedia untuk beri ruang kepada Farhan masuk ke dalam hatinya. Dia takut jika perkara yang sama akan berulang kembali.
Buat masa ini, biarlah dia cuba untuk melayani Farhan sebaik mungkin walaupun tanpa rasa cinta. Zara akan cuba untuk buka hatinya buat Farhan.
She was traumatized by the past.
~~~~
Ketukan pada pintu biliknya menghentikan jarinya daripada terus menaip di atas papan kekunci. Keizinan untuk masuk diberikan.
"Bos," panggil Riz.
Zara mengangkat mukanya. Dipandang satu persatu figura yang berdiri di hadapannya sebelum berhenti di laman wajah riz.
"Kenapa?" soal Zara ringkas.
Dia menyandarkan tubuh pada kerusi. Tangan disilangkan di dada. Sebelah keningnya diangkat. Dia menanti bicara Riz yang seterusnya.
"Mereka dah mulakan balik."
Ringkas jawapan Riz namun mampu mengubah seratus peratus raut wajah Zara. Wajah manis itu bertukar menjadi sinis. Seleret senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Jadi?" Nada suaranya juga kedengaran amat sinis.
"Bila bos nak mulakan rancangan kita?" soal Ben pula.
"Kita tunggu dan lihat sejauh mana mereka mahu bermain."
Masing-masing mengangguk dengan jawapan Zara. Dilihat Zara yang mula mengaturkan strategi untuk back up plan asal jika rancangan itu gagal.
~~~~
Sebaris ayat yang disebut oleh pemberita itu telah mengejungkan seluruh tubuh Zara. Mukanya juga kelihatan terkedu dengan berita yang baru disampaikan melalui televisyen.
"Tan Sri Razali ditemui mati ditembak di tempat letak kereta bawah tanah di syarikatnya."
Tubuh Zara kejung serta merta. Wajahnya pucat tidak berdarah. Remote televisyen terlepas daripada pegangannya. Matanya tunak memandang skrin televisyen tersebut.
"Bos," panggil Anis lembut.
Bahu Zara disentuh perlahan. Serta merta Zara tersentak apabila Anis menyentuh bahunya. Anis dipandang dengan kening yang diangkat sebelah.
"Bos, daripada maklumat yang orang kita perolehi, itu semua kerja dark girl."
"What?!"
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...