Kini berbaki lagi 2 minggu sebelum tarikh perkahwinan Zara. Segala persiapan sudah lengkap sepenuhnya. Zara masih lagi dengan kesibukannya menguruskan syarikat.
Dia menyiapkan segala kerjanya agar nanti dia dapat bercuti panjang. Zara keluar daripada restoran mewah itu menuju ke parking keretanya.
Dia sedar seseorang sedang mengekorinya. Dia hanya membiarkan dan berjalan pergi ke arah keretanya.
Sampai di tempat parking keretanya yang agak tersorok, Zara memberhentikan langkah. Dia hanya membiarkan sehingga orang yang mengekorinya datang kepadanya.
Itu bukan orang yang biasa-biasa melainkan dia juga seorang ahli mafia. Tiba-tiba terasa muncung pistol melekat di belakang badannya.
Zara tersenyum senget. Muncung pistol itu kini dihalakan di belakang kepala Zara. Zara hanya membiarkan sebelum pistol itu bergerak ke tepi kepalanya.
"Tunjukkan diri kau," ujar Zara senada.
Perempuan itu bergerak ke hadapan Zara. Muncung pistol tadi diletakkan betul-betul di tengah-tengah dahinya. Zara memandang perempuan di depannya tanpa gentar.
"Apa yang kau mahukan?" tanya Zara.
"Kejatuhan kau," jawab perempuan yang memakai topeng itu.
"In your dream," ujar Zara seraya menendang perut perempuan itu.
Disebabkan dia memakai jubah ia agak menghadkan pergerakannya. Namun Zara tetap Zara, dia ada caranya yang tersendiri.
Hujung jubah itu diselaknya lalu tepi kepala perempuan itu disepak. Zara menendang dada perempuan itu sehingga ia terundur ke belakang.
Pistol dari dalam beg tangannya diambil lalu dihalakan pada perempuan itu. Senyuman sinis diukir Zara.
"Jangan mengimpikan sesuatu yang tidak dapat kau perolehi." Selesai berkata sedemikian, Zara bergerak ke keretanya.
Pintu diunclock lalu dia masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan lalu dia memakai tali pinggan keledar.
Setelah enjin keretanya panas, brek tangan diturunkan lalu gear dimasukkan. Keretanya mula keluar daripada parking kereta tersebut.
~~~~~
"Bos," panggil seseorang di hadapan pintu bilik pejabat Zara.
"Come in," jemput Zara.
Riz masuk ke dalam bilik Zara. Duduk dilabuhkan di hadapan Zara. Wanita itu dipandangnya. Zara mengangkat kening.
"Kau tak rasa ke Farhan patut tahu tentang pekerjaan kau sebagai mafia?" tanya Riz.
"Not now lah Riz. Ini bukan masa yang sesuai. Kau tahu kan sekarang ni banyak yang buru nyawa kita. Aku tak nak dia rasa tak selamat bila bersama kita.
Lagipun aku tak nak mereka semua tahu kaitan aku dengan Farhan dan keluarganya. Kau tahu ia boleh mengancam nyawa semua orang kan," ujar Zara.
"Tapi bos, walau apa pun dia tetap perlu tahu. Kau nak kongsi kehidupan kau dengan dia bos, semua tentang kau dia perlu tahu.
Aku tahu kau tak nak dia rasa tidak selamat dengan kau tapi kau tak takut ke lepas dia tahu semua ni, dia akan menjauh daripada kau.
Lagi teruk jika dia dapat tahu perkara ini daripada orang lain. Aku tak nak dia hilang kepercayaan dia pada kau bos," kata Riz cuba menasihati bosnya.
"Aku tak sedia nak bongkarkan perkara ni pada dia, Riz. Aku takut dengan penerimaan dia. Tarikh perkahwinan tu berbaki lebih kurang seminggu lagi Riz." Nada suara Zara kian mengendur. Wajahnya ditundukkan memandang cincin yang tersarung di jari manis kirinya.
YOU ARE READING
Pengorbanan Sang Isteri 2
RomanceSambungan daripada kisah Pengorbanan Sang Isteri Zara Saffiya, masih insan yang sama. Memiliki dua gelaran dalam dirinya. Setiap langkahnya amat digeruni, sama ada di dalam dunia mafia mahupun dunia perniagaan. Perkenalan yang pada mulanya dipaksa...