Bab 19

107 5 5
                                    

Semenjak daripada itu, Zara hanya biarkan sahaja hubungan mereka menjadi dingin. Jika itu yang Farhan mahukan, dia akan turutkan sahaja.

Kehidupannya semakin hari semakin sibuk. Beberapa minggu lagi, satu pelancaran projek baharu bakal diadakan.

Setiap hari Zara akan bekerja lebih masa. Ada kalanya sehingga tidak pulang ke rumah. Rasa rindu terhadap anak-anaknya terpaksa ditahan dahulu demi tugas yang dipikulnya.

Ketika ada masa terluang, dia bakal menghabiskan sepenuh masanya dengan anak-anak. Melayani setiap telatah anak-anaknya.

Zara memicit bahunya yang terasa sengal. Tubuhnya berasa tidak sedap. Badan disandarkan pada kerusi. Sesekali dia terbersin dan terbatuk.

"Bos, aku rasa kau demam lah."

Satu suara garau yang menyapa di hadapan muka pintu biliknya dipandang. Riz mengambil tempat di hadapan meja bosnya itu.

"Baliklah, rehat. Kau tak sihat ni bos, muka kau pucat dah tu. Pelancaran projek tu seminggu je lagi, kau kena banyakkan berehat.

Di sana nanti, kau amat-amat diperlukan dan kau akan jadi orang yang terpaling sibuk. Jadi, aku minta kau pulang ke rumah dan berehat.

Tolong jangan degil ya wahai Puan Zara Saffiya," ujar Riz panjang lebar.

Zara hanya menganggukkan kepalanya. Kali ini dia mengalah. Dia betul-betul rasa tak sedap badan. Kepalanya juga terasa berpusing.

Segala barangnya dikemas. Dengan langkah yang lemah, dia berjalan ke lif. Setelah masuk, butang untuk ke tempat letak kereta bawah tanah ditekan.

Sesekali dia memicit kepalanya yang berpusing. Apabila pintu lif terbuka, dia melangkah keluar dengan langkah yang pincang.

Belum sempat dia menghampiri keretanya, tiba-tiba seseorang menekup mulutnya dari belakang. Zara hanya membiarkan sahaja.

Tenaganya sudah hilang untuk berlawan. Jika ini yang musuh mahukan, maka dia akan turutkan sahaja.

Biarlah dia berserah diri kepada musuh yang selama ini tidak pernah bertentang mata dengannya. Biarkan ini menjadi titik pengakhiran segalanya.

Dia sudah penat untuk bermain kejar-kejar dengan musuh yang suka bermain sorok-sorok. Biarkan ini semua berakhir jua.

Zara dibawa masuk ke dalam sebuah kereta. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya. Mulutnya hanya ditekup sahaja, di kain itu langsung tiada bahan kimia.

Jika dia mahu berlawan, besar peluangnya. Namun Zara hanya mahu turutkan sahaja apa yang musuhnya mahukan.

Dia juga sudah penat untuk berlawan. Tenaganya benar-benar diragut. Seluruh tubuhnya terasa lemah. Mahu membuka mata sahaja Zara terasa payah.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di sebuah gudang lama. Masuk sahaja ke dalam itu, bau hapak menyengat rongga hidungnya.

Zara yang ditarik oleh seorang lelaki hanya mengikuti sahaja. Sedaya upaya dia menahan dirinya daripada termuntah.

Tubuhnya dilemparkan di dinding. Tulangnya seakan ingin patah apabila belakang tubuhnya bertemu dengan dinding.

Tiba-tiba tudungnya ditarik ke atas sekaligus membuatkan kepalanya turut terangkat. Tubuhnya dipaksa untuk berdiri.

"Dudukkan dia atas kerusi tu."

Satu suara memberi arahan membuatkan lelaki yang menariknya tadi mendudukkannya dengan kasar di atas kerusi kayu.

Bunyi tapak kasut yang menghampirinya membuatkan Zara mengangkat mukanya. Matanya terbuntang melihat gerangan yang sudah berdiri di hadapannya.

"Kenapa? Terkejut? Tak sangka?"

Pengorbanan Sang Isteri 2Where stories live. Discover now