Cempaka memakir kereta di bawah garaj yang memang tersedia hanya untuk miliknya. Selepas dia memakir kereta, dia mengambil barang barang dan masuk ke dalam banglo milik orang tuanya. Selepas memberi salam di terus menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering itu.
'Kalau dahaga sekali pun duduk la dulu anak bertuah' tegur ibunya.
'Ehh ibu, awal ibu balik harini. Tak perasan pulak kereta ibu tadi'
'Kelas ibu habis awal harini, sebab tu ibu balik awal'. ' ouh yekee. Hmm okey lah buuu adik naik dulu nak mandi pastu solat'. Byee.
'Haa lepas solat turun makan pastu tolong ibu masak. Malam ni kita ada tetamu'
'Tetamu ? Siapa buu ?
'Abang angkat kamu la, abang Ariq'.
'Waaaa ni yang excited ni buu, okey adik mandi solat dulu. Nanti adik tolong ibu tau'. Lalu dia berlari anak menaiki anak tangga yang besar itu.
...... ...Makan malam sudah pun terhidang di atas meja kaca itu. Bermacam jenis lauk disediakan oleh Puan Azizah. Tak lupa juga dengan masak lemak ketam menu wajib. Cempaka turut membantu ibunya di dapur serta memasak beberapa jenis lauk. Selepas menghidangkan lauk, mereka menunggu tetamu di ruang tamu.
'Hmm mana ni ibu, tak sampai sampai lagi pun'. Tanya Cempaka dengan nada yang teruja.
'Kamu ni Cempaka, buat macam dah pernah jumpa jee. Ishh budak ni' marah ibunya.
'Sebab tak pernah jumpa la Cempaka excited ni'.
'Mula mula excited,kang nanti membisu' ujar ibunya.
Sedang mereka berbual, terdengar orang menekan loceng pintu rumah.
'Tu mesti Harith. Cempaka pergi bukakan pintu. Arah abinya. 'Okey abii'.
Cempaka berlari anak untuk membuka pintu. Sebaiknya dia membuka pintu, alangkah terkejutnya Cempaka melihat tetamunya itu.
'Assalamualaikum Carissa' . Harith memberi salam kepada Cempaka serta memberi senyuman buat gadis itu. Cempaka hanya membatukan diri. 'Cempaka are you okey'? Tanya Harith
'Err errr waalaikumusalam'.Sir buat apa kat rumah saya?
'I got invitation from your parents' balas Harith . Invitation apa pulak ni, orang lain yang aku harap orang lain yang datang' bisik cempaka sendiri.
'Ehhh adik kenapa tak jemput masuk? Buat apa tercegat kat pintu tu' abinya bersuara
'Ouh sorry sir, masuklah' ajak Cempaka. 'Thank you😚
Assalamualaikum abi, ibu' Harith memberi salam kepada Tuan Edruce dan Puan Azizah lalu dia menyalam Tuan Edruce.
'Waalaikumusalam Ariq, jemput la duduk'. Kamu ni Ariq pindah sini dah dekat sebulan, tak datang sini pun. Padahal dekat je rumah'. Luah Puan Azizah.
'Hehehehe sorry la buu, Ariq busy sikit sebab baru bertugas kan'balas Puan Azizah.
Cempaka masih membatukan diri di depan pintu. Dia bagaikan tidak percaya Harith Razman adalah abang angkatnya selama ini.
'Adik, yang kamu tercegat kat situ buat apa? Tadi excited sangat kan nak jumpa abang angkat kamu' ujar Puan Azizah.
Harith Razman hanya memerhati sahaja tingkah laku pelajarnya itu.
'Hmmm buu, adik naik atas kejap ehh' Cempaka ingin melarikan diri. 'Nak naik atas buat apa, kita dah nak makan ni. Jom Ariq kita pergi kat meja. Lepas makan baru kita bersembang' ajak Puan Azizah.
'Aduhhh dugaan apakah ini? Bisik hati Cempaka
Puan Aizah dan Tuan Edruce sudah mengetahui bahawa Harith Razman adalah guru kepada anaknya, tetapi mereka tidak memberitahu hal sebenar kepada Cempaka.
Selepas makan, mereka pun bergerak ke ruang tamu untuk menyisip air panas.
Adik tolong buatkan kopi panas ehh, boleh la minum minum sambil sembang'arah Puan Azizah. Cempaka hanya mengikut arahan Ibunya.
Cempaka membawa dulang bersama kopi serta potongan kek kek kecil. Muka Cempaka seperti telan asam kerana bengang dengan Sirnya itu.
'Ni ibu air dah siap. Adik naik atas dulu'. Cempaka meminta diri.
'Ehh duduk la dulu, sembang sembang la dengan abang kamu ni' .Cempaka memandang Harith Razman dengan muka yang masam mencuka. 'Adik ada homework nak buat. Adik naik dulu' lalu dia berjalan menuju ke anak tangga.
'Carissa mesti marahkan saya sebab tak bagitahu hal sebenar kat dia' luah Harith
'Alahhh dia marah kejap je tuu, nanti dia okey la tu. Dia mana boleh marah kamu lama lama, kamu kan guru dia'balas Puan Azizah.
'Ni Ariq memang mengajar kat sini terus ke ? Tanya Tuan Edruce.
'Ariq memang minat mengajar. Tapi company arwah papa takde siapa nak uruskan. Sekarang ni pun pakcik Alias yang handle. Dia suruh Ariq yang handlekan company arwah papa tu'
'Takpe la kamu fikir baik baik, baru kamu buat keputusan' balas Tuan Edruce.
'Okey la Ariq minta diri dulu la. Nanti Ariq singgah lagi'.
'Yelaa, kamu rajin rajin la datang sini. Kalau nak makan apa apa bagitahu je ibu, ibu masakkan☺️
'Yelahh ibu dengan abi pun kalau ada apa apa bagitahu Ariq okey ? Ariq balik dulu ehh. Assalamualikum'
'Waalaikumusalam, hati hati Ariq' serentak pasangan itu jawab salam daripada Harith.
YOU ARE READING
Kita Ditakdirkan Bersama
RomanceHarith Razman seorang anak yatim piatu dan disayangi oleh keluarga angkatnya iaitu Puan Zainab dan Tuan Edruce . Ibu dan Abinya mahu jodohkan dia dengan adik angkatnya iaitu anak kepada ibu dan abinya Cempaka Carissa . Mampukah Campaka carissa dapat...