Bab 8

105 2 0
                                    

Cempaka bukak la pintu ni sayang, jom la turun makan' pujuk ibunya.
Sejak pulang daripada sekolah, Cempaka mengurung dirinya di dalam bilik. Begitulah sejak perkara itu terjadi. Dia masih marah pada ibu dan abinya kerana tidak memberi tahu hal sebenar walaupun perkara itu dah berlalu hampir sebulan.

Cempaka membuka pintu. ' yee japgi adik turun makan'. 'Nanti pakai tudung ye sayang, kita ada tetamu' . Okey'

Selepas beberapa minit, Cempaka turun dengan memakai baju tidur dan dia menyarungkan tudung sarung yang sedia ada. Dia terus menuju ke meja makan, tetapi tiada tetamu seperti yang ibunya bagitahu.

'Buuuuu mana abi ? Dia menjerit pada ibunya di dapur. Dia tak perasan Harith sedang perhatikan dia. Harith hanya senyum melihat telatah Cempaka. 'Abi ada kat depan tuuu' lalu ibunya keluar daripada dapur dengan membawa dulang air . Walaupun mereka ada orang gaji, tetapi mereka tidak membiarkan makcik Zainab membuat kerja seorang diri.

'Buuu tadi cakap ada tetamu. Takde pun'.'Ade dengan abi kamu la. Tu tak nampak ke ?
Cempaka terus memusingkan badannya ke arah ruang tamu . Terlihat Harith Razman bersama abinya. Dia terkejut lalu memusingkan badannya. 'Ibu ni kenapa tak cakap dorang ada kat situ, malu laaaa'. Ha itu la kamu siapa suruh jerit jerit, kan dah malu sendiri' . 'Lagi satu kenapa ibu ajak dia datang sini. Tak suka laa'. Tak baik la cakap macam tu. Dia kan anak angkat ibu, kamu kena hormat dia. Dia dah macam abang kamu. Faham tak?'. Eeeeee abang konon'.Cempaka mencebit mukanya. 'Jangan benci sangat nanti dia jodoh kamu baru kamu tahu' . 'Ishhhh apa ibu niii, memang tak la. Ibu nak tahu tak, dia tu annoying gila . Selalu buli Adik kat Sekolah. Menyampah'😒 Puan Azizah hanya menggelengkan kepalanya dengan telatah anak bongsunya itu.

Abang, Ariq jom makan dulu, nanti kita sembang' ajak Puan Azizah. 'Hmm iyelaaa, Ariq jom kita'. Ajak Tuan Edruce.

'Ariq kamu duduk sebelah adik. Ibu duduk dengan makcik Zainab' arah Puan Azizah. Harith hanya menurut. Tetapi di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu dapat duduk bersebelahan dengan buah hati😜. Cempaka menjarakkan kerusinya dengan Harith. Dia merapatkan kerusi dengan abinya. Iyelaaa tak manis bila duduk bersebelahan dengan bukan muhrim.

'Adik hulurkan lauk tu dekat abang Ariq' . Yaa Allah gelinya aku nak panggil 'abang' kat mamat ni. Ngomel Cempaka sendirian. Adik dengar tak ibu cakap apa?. 'Ye dengar la ni😓. Cempaka menghulurkan mangkuk lauk ke arah Harith tanpa memandang wajahnya. Belum dia sempat menjamah, ibunya suruh cedokkan lauk ke pinggan Harith pula. 'Adik cedokkan ketam tu dekat abang. Cempaka memandang ibunya dengan wajah yang muram . Dia tidak cedokkan malah dia mengalihkan mangkuk ketam itu ke hadapan Harith. ' arghh tak kuasa aku nak cedokkan untuk dia. Lambettttt lagi'. 'Sir boleh cedok sendiri kan ? Dia memandang wajah gurunya itu dengan wajah yang serius. Harith hanya membalas pandangan Cempaka. Dia tahu gadis itu masih marah pada dirinya, tetapi ingin saja dia mengusik buah hatinya itu. 'Adikkkk apa cakap macam tu, tolong la cedokkan untuk abang kamu tu'. Marah ibunya. 'Buuuuuuuuuuu' cempaka geram dia tak suka dalam situasi begini. Tanpa membantah dia menuruti sahaja. Lalu dia mencedokkan ketam ke dalam pinggan Harith. 'Thank you' ucap Harith dengan senyuman . Cempaka hanya menjeling.

Mereka menjamu selera dengan tenang tetapi tidak bagi Cempaka. Seusai makan malam, mereka mengambil angin di gazebo luar bersama kopi yang dihidangkan oleh Makcik Zainab. Sungguh nikmat kopi Makcik Zainab. Tidak pernah mengecewakan. Pada mulanya Cempaka tidak mahu 'join' mereka, tetapi di halang oleh ibu dan abinya. Pada waktu begini la kita nak bersembang bersama sama kata ibu dan abinya. Dia terpaksa menuruti arahan ibu dan abinya. Terpaksa ikut walau tak rela. Mereka rancak bersembang, tetapi Cempaka leka bermain dengan Ipadnya. Sesekali mata Harith memandang wajah putih mulus itu. Sangat cantik walaupun memakai begitu ringkas.

'Adik dengar la sini, ibu dan Abi ada benda nak bagitahu kamu ni'. Yee adik dengar la ni' tetapi matanya ralik melihat Ipadnya. Cempaka Carissa listen here ! Keras suara ibunya. Dia tersentak, lalu dia mematikan Ipadnya dan memusing ke arah ibu dan abinya. Yee sorry buu'

Kita Ditakdirkan BersamaWhere stories live. Discover now