Bermulalah semester 3 mereka . Hari dimana yang akan menentukan mereka untuk masa hadapan .
'Bismillahiromanirohhim ya Allah kau permudahkanlah urusan aku dan rakan rakanku .Semoga kami boleh menjawab semua soalan. Aamiin'
Cempaka berdoa untuk dirinya serta untuk rakan rakannya .................. ......... .... ...
4 Tahun berlalu .... ...
'Ishh asal lapar sangat harini ? Teringat la pulak asam pedas makcik Jah Cafe bawah tu . Lunch japgi aku kena pegi makan kat cafe' bisik cempaka sambil mengusap perutnya itu .
Selepas tamat belajar, Cempaka bekerja bersama abangnya di Syarikat keluarga mereka . Semua pekerja disitu tidak tahu yang sebenarnya Cempaka adalah adik kepada CEO . Atas permintaan abang kesayanganya itu, Cempaka menuruti apa kehendaknya . Cempaka sudah bekerja di situ hampir 5 bulan.
Jam menunjukkan pukul 12.50pm . ' okey dah boleh get ready ni, aku dah memang kebulur sangat ni . Jap jap kena call minah minah tu dulu ni' . Cempaka menekan henfonnya lalu menghubungi sahabat sahabatnya .
Harith Asfan keluar daripada pejabatnya . ' ehemm dik jum kita pergi lunch dengan client'
'Ishhh abang mana ada meeting apa apa harini ' . Lagi satu adik dah lapar sangat dah ni' sambil menggosok perutnya . Entah kenapa dia rasa hari ini perutnya asyik berbunyi .
'Client call tadi cakap nak jumpa dengan abang . Jom la'.
'Dia nak jumpa dengan abang kan ? Abang pergi jelaa' . Adik dah janji dah dengan Raisa dan Rina . Kenapa abang tak bagitahu awal awal? .Mujur sahaja di ruangan pejabat itu hanya tinggal mereka berdua sahaja .
'Yelaa yelaa kau ni. Nak mintak tolong pun tak boleh . Hmm abang maybe masuk lambat sikit' . Marah Asfan padanya adiknya itu . Rancangannya untuk membawa adiknya untuk berjumpa dengan Harith Razman musnah .
Selama 5 bulan Cempaka bekerja dengan abangnya, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan Harith . Malah dia berfikir mungkin Harith sudah ada pengganti . Dulu sewaktu Cempaka belajar, Harith cuma datang bertemu dengan Cempaka hanya 2 , 3 kali je . Selepas kali terakhir dia bertemu dengan Cempaka dia menghilangkan diri daripada Cempaka . Selepas daripada itu Cempaka sudah tidak berjumpa mahupun menerima sebarang mesej . Dia mengaku selepas Harith datang berjumpa dengannya, dalam hatinya sudahpun berputik . Dia sudah pun jatuh hati pada Harith . Tetapi bila cinta itu baru berputik Harith pergi meninggalkannya .
YOU ARE READING
Kita Ditakdirkan Bersama
RomanceHarith Razman seorang anak yatim piatu dan disayangi oleh keluarga angkatnya iaitu Puan Zainab dan Tuan Edruce . Ibu dan Abinya mahu jodohkan dia dengan adik angkatnya iaitu anak kepada ibu dan abinya Cempaka Carissa . Mampukah Campaka carissa dapat...