PROLOG

49 5 1
                                    

   "Eee Prince makan comot!!" Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh segera membersihkan bibirnya dengan tisu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eee Prince makan comot!!" Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh segera membersihkan bibirnya dengan tisu. Apa ni malulah perempuan yang tegur kan?

"Ish! Jangan la kuat sangat. Lagi satu, jangan la panggil Prince, kita tak suka orang tau." Eh mamat ni. Benda tu pun nak bagitau mama.

"Prince ni harap je hensem, tapi.. ish ish ish" Tanpa sebarang amaran, Isabella terlebih dahulu mengelap hingus lelaki itu menggunakan tisu.

KLIK!

"Amboii anak mama ni dah pandai ya lap hingus orang. Hingus sendiri pun tak kering." Mama Isabella tergelak kecil melihat telatah anak perempuannya yang seorang itu.

  "Mama, Leyn suka panggil kita Prince. Kita tak suka. Marah dia mama!" Tak sangka dia betul betul mengadu. Alahai si kecik ni!

  "Qasyah, biar je lah dia. Dah dia suka nak buat macam mana? Jangan marah Leyn, tak baik. Minta maaf dekat dia." Kini, Tengku Arayyan mula bersuara. Lemah lembut namun tegas. Cepat cepat Putera Qasyah menghulurkan tangan tanda meminta maaf.

  "Leyn, kita mintak maaf. Leyn tak marah kita kan? Kita tak kisah dah kalau Leyn nak panggil kita Prince. Tapi ingat tau, Leyn sorang je. Yang lain wajib panggil Qasyah. Sorry.."

  "Hehe.. kita tak marah! Kita suka kawan dengan Prince. Kita janji tak ada sesiapa boleh panggil Prince dengan nama Prince. Hanya Leyn sorang je."

  "Bagus! Kan elok dah berbaik. Ni sikit sikit nak mengadu. Sikit sikit merajuk. Halahh."
Irwan Danish memberi segaris buat adik perempuannya. Mujur bukan jenis pendendam kalau dengan si Qasyah.

KLIK!

  "Aikk sempat diorang buat love sama sama?"
Tengku Arayyan gelak besar apabila melihat gambar si kecil itu.

  " NAK TENGOK!!" Terus lelaki separuh umur itu menunjukkan gambar yang diambilnya sebentar tadi.

  "Kita dah nak habis tadika. Dah enam tahun!! YEAY! Kita dah besar!! Nanti masuk sekolah rendah jumpa kawan baru. Lepastu kita masuk kelas sama sama. Tak sabarnya!!! Prince janji tau dengan Leyn, jangan tinggalkan Leyn. Kita masuk sekolah rendah sama sama. Tau!"

  "Yaa kita janji. Kita janji nanti kita masuk sekolah baru sama-sama. Kita masuk kelas yang sama."

Ahli keluarga mereka yang menyaksikan moment itu hanya sekadar mengukir senyuman.  Diam diam Tengku Arayyan merakam perbualan mereka. Tidak pasti jika hal itu akan berlaku atau tidak.

Janji tetap janji. Janji mereka berdua masih tersemat dalam otak. Isabella hanya menunduk apabila mendapat berita Prince-nya sudah berpindah ke negara orang.

'Dia tak nak kawan dengan kita ke? Tapi.. kan dah janji?'

Pintu diketuk berulang kali. Namun tiada sebarang respon dari Isabella.

  "Sayang.. dah siap ke belum? Harini pendaftaran. Cikgu marah nanti kalau lambat!"

  "Belle tak nak pergi school! Kakak nak pergi dengan Prince!" Isabella memukul-mukul bantalnya tanda memberontak.

  "Hei.. jangan macam ni. Jom, kita pergi. Nanti Prince marah tau kalau Belle tak pergi school." Akhirnya segala pujuk rayu membuahkan hasil. Isabella membuka pintu biliknya.

  "Belle tak suka Prince marah. Dia garang macam singa! Jom pergi school." Si ibu membelai kepala anaknya. Takutlah tu 'kesayangan' dia marah.

Pernah sekali Qasyah mengamuk tak tentu pasal hanya kerana kasut Isabella hilang. Padahal bukan kasut dia sendiri. Tapi bila mood dia okay, kerja dia bergaduh sahaja dengan gadis itu.

Akhirnya Qasyah dan Isabella tidak lagi bersua. Khabar antara satu sama lain hanya diketahui melalui keluarga mereka.

 Khabar antara satu sama lain hanya diketahui melalui keluarga mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now