"ISABELLA AISYAH ADELEYN! BERAPA KALI MAMA NAK KENA PESAN, BILA DAH NAK BALIK ASRAMA TU, SIAPKAN BARANG CEPAT CEPAT. BUKANNYA DUK HADAP HANDPHONE TU! MAMA BAGI MASA 1 JAM. LAMBAT, AWAK JALAN KAKI!" Haih la nasib. Nak buat macam mana, salahkan la si Irfan Darwish tu! Ada ke malam tadi ajak aku makan ramen? Pedas dia boleh bawak maut aku rasa. Pagi ni pun aku bukan main fon, tapi tengah chat dia lah! Katanya pergi belikan ubat. Beli ubat ke buat ubat?
Adik durhaka
Woi, kau kat mana?
On the way. Sorry la lambat sikit.
Kau tu okay tak?Rasa dah nak mati. Tapi aku belum tulis wasiat. Macam mana ni?
Wasiat apa? Kau harta pun tak ada.
Takat nak bagi RM2000 kat
satu family nak agih tak guna pun.Ah kau. Kau mana tau harta
apa yang aku perap sepanjang aku hidup.
Kau balik cepat, aku bagitau pasal harta aku. Nanti kau dapat paling banyak."ASSALAMUALAIKUM! ADIK DAH BALIK!" Opocot! Aku baru sent tak sampai dua minit, mamat ni dah bagi salam. Dia bagi salam lepastu terus masuk bilik aku. Main terjah je!
Plastik putih daripada farmasi tu tepat tepat dia campak masuk dalam beg. Beg itu aku zip sebelum meletakkannya di hadapan pintu bilik.Irfan meluru ke katil aku yang baru siap dikemaskan. Dengan muka suci murni, dia duduk atas katil aku sebelum baring dan memulakan operasi bergolek atas katil. Nak marah, tapi kena sabar.
"Ha cepat. Mana harta tu?" Dasar mata duitan.
Irfan Darwish. Tingkatan 4. Semestinya dia ni adik durhaka yang sah taraf! Harap ada rupa tapi perangai kalah setan. Mungkin setan pun keliru siapa setan sebenarnya? Salah satu perangai setan dia, pernah sekali dia tangkap cicak. Ekor cicak tu dia pergi tarik sampai putus. Nampak tak kekejaman di situ? Malang sungguhlah siapa yang jadi isteri dia nanti.
"Tengok cermin." Kataku dua patah. Irfan selamba bercekak pinggang ke cermin di meja solek aku. Rambutnya diperbetulkan dengan gaya acah macho!
"Apa kau ni kak, kalau tengok cermin, nampak lah kekacakkan aku ni. Aku nak harta." Irfan memuncungkan mulutnya. Apa dia ingat comel ke? Macam tahi cicak sahaja aku tengok.
"Itulah harta dia. Harta aku tu kau. Kalau jual kau, kan kaya kita. Lepastu duit boleh agih-agihkan. Amacam? Bernaskan?"
"Kepala otak anda!" Aku menjingkitkan kaki sedikit untuk memukul kepala dia. Kau ni nasib je adik aku, kalau tak memang tak lama dah aku kerjakan. Fikir dia comellah maki aku?
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
RomancePerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...