Bab |23

1 0 0
                                    

   

Sejak bila pula Nyunyu aku ni keras? Selama ni elok je lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak bila pula Nyunyu aku ni keras? Selama ni elok je lembut. Kenapa malam ni keras semacam?

Perlahan-lahan aku buka mata. Baru perasan, aku tak peluk Nyunyu. Aku peluk.. Qasy?!

"AHH!!" Serta merta Qasyah terjaga dari tidurnya dan terus tutup mulut aku.

"Shh.. hey, kenapa ni?" Jelas kedengaran suaranya yang serak basah. Mungkin disebabkan baru bangun tidur. Aku memandangnya seakan tidak percaya. Kenapa dia tanya?

Nampak aku sedikit tenang, barulah dia lepaskan tangannya dari mulut aku.

"Kenapa, kau tanya? Kau buat apa hah dekat sini? Aku dekat mana ni? Ke-kenapa kau tidur sebelah aku?" Suara aku dah mula bergetar. Aku menjauhkan diri dan duduk sambil memeluk kedua lutut di satu sudut bilik itu. Terus badan menggigil hebat. Tak kisahlah besar mana pun ruang dalam bilik ni, aku rasa sesak nafas. Sempit semacam.

"Stalker.. aku lalai sekali lagi.. aku tak guna.." Entah apa lagi benda merepek yang aku sebut.

"Astaghfirullahaladzim.. Adel, janganlah macam ni. Baru beberapa jam lepas aku halalkan kau. Tak jadi apa pun. Lupakan okay pasal semua tu?" Dia cuba menghampiri aku yang menangis persis anak kecil.

"Kau tipu.." kataku sayup sayup kedengaran di gegendang telinganya.

"Betul, dah jom sambung tidur. Aku penat ni, seharian kita layan tetamu. Mesti kau pun penat kan? Jom, kita tidur?" Tangannya menggenggam erat tangan aku dan meminta aku bangun.

Tok
Tok
Tok

Itu.. JAIS ke? Tapi Qasy kata dah kahwin?

Qasyah memimpin aku ke pintu sebelum pintu itu dibuka. Jelas wajah Irfan dan Tengku Arrayan di hadapan bilik ini.

"Belle okay tak? Kenapa tadi?" Soal Irfan dengan riak wajah risau. Qasyah senyum tawar sahaja dan balas dengan anggukan.

"Dia okay. Mimpi buruk je tadi."

"Kalau macam tu, sorrylah kacau korang malam buta ni. Aku ingat.."

"Nah, aku faham. Daddy dengan Fan pergilah tidur. Dah lewat ni." Tengku Arrayan mengangguk. Aku hanya diam memandang lantai. Malu.

Pintu ditutup. Kali ni, barulah Qasyah pimpin aku ke katil semula. Dia meminta aku untuk baring sebelum comfoter ditarik paras leher aku. Beberapa saat kemudian barulah aku teringat kejadian siang tadi dimana lafaznya satu akad antara kami berdua.

"Tidur, Adel. Kau perlukan rehat yang cukup." Tidak semena-mena dia tarik aku masuk dalam pelukannya. Aku terkaku tapi akhirnya aku selesakan diri barulah sambung tidur. Tenang dalam pelukannya.

________________________________

"Cinta, bangun. Dah nak masuk subuh ni. Bangun, cinta.." Isabella tidak memberi sebarang respon. Terlalu lena dibuai mimpi.

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now