Bab |6

9 2 0
                                    

TIGA MINGGU KEMUDIAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIGA MINGGU KEMUDIAN.

Tiada sebarang tanda menunjukkan Isabella sudah sedar di hospital. Irfan juga ada memaklumkan bahawa mungkin gadis itu di fasa bahaya akibat bisa ular tersebut sudah merebak serta boleh membawa maut.

Tiga minggu itu, hidup orang tersayang Isabella serba-serbi tak kena. Nadine, Airies Aryana, Iris Amelia, Qasyah, Alisa, termasuklah Irfan sendiri. Mereka semua lebih banyak berdiam berbanding sebelum ini. Memandang akan meja kosong di tempat Isabella membuatkan fikiran mereka bercelaru.

Adakah gadis itu masih punya harapan? Ataupun hari di Terengganu itu adalah hari terakhir mereka berjumpa dengan Isabella? Ketakutan dan keresahan seperti itu sentiasa berlegar-legar diminda mereka. Pelajar tingkatan Lima pula tidak dibenarkan pulang ke kampung asbab kelas tambahan yang kerapkali diadakan pada hujung minggu.

Namun begitu, Qasyah senyap-senyap keluar dari asrama setelah tamatnya kelas tambahan. Hanya satu arah tujuan. Hospital. Lelaki itu turut membawa Irfan sekali bersamanya.

Sinar cahaya kembali lagi, guru mereka membenarkan mereka pulang ke kampung untuk minggu ini. Aisar yang sentiasa cuba menceriakan sahabatnya mencadangkan agar melawat Isabella pada hujung minggu. Qasyah yang pada awalnya hanya memandang kosong, kini wajahnya mula menunjukkan seri.

Irfan pula mengangguk setuju sebaik sahaja pemaisuri hatinya memaklumkan bahawa Isabella sudah dibenarkan untuk ke wad biasa.

"Prep Khamis nanti kita bagitahu budak sekelas. Mana tahu diorang pun nak join kita." Qasyah memberi cadangan. Hatinya rasa teruja untuk bertemu dengan Isabella.

________________________________

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, siang berganti malam hari Sabtu telah pun tiba. Hampir 10 orang yang hadir bagi melawat Isabella. Mujur gadis itu ditempatkan di wad VIP atas jasa mommy Qasyah sendiri. Katanya tak mahu 'puteri'nya rasa tidak selesa dengan kehadiran pesakit lain.

Qasyah mengetuai bacaan Yasin. Suaranya dinaikkan satu oktaf berbanding yang lain.

'Merdunya. Tapi kenapa aku tak boleh cam ni suara siapa? Aku boleh cam suara yang lain, tapi kenapa bukan suara yang lead bacaan ni? Sumpah, aku nak bangun sekarang. Tapi aku tak boleh. Aku rindu mama, papa, Along, adik. Aku rindu kawan-kawan aku. Ada harapan lagi ke untuk aku jumpa dengan diorang semua?'

Tamatnya bacaan yasin, maka sedikit demi sedikit sahabat handai meninggalkan wad itu. Kini tingallah Qasyah seorang sahaja. Tiada kata yang mampu diungkapkan. Segala yang terbuku ingin sahaja dilepaskan namun entah kenapa segalanya terasa hanya ingin dibukukan dalam hati.

Tiba-tiba terasa banyak cerita yang hendak diluahkan, kalau boleh, setiap saat yang berlaku di sekolah ingin diceritakan kepada Isabella. Akhirnya Qasyah hanya kekal berdiam untuk beberapa minit lagi sebelum meninggalkan Isabella bersendirian di bilik tersebut.

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now