Bilik Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Suasana di bilik mesyuarat tegang. Masing-masing bijak memberi hujah juga bijak membantah. Topik tentang Prom Night masih lagi tidak dapat kata putus apabila setiap pemimpin pelajar membantah antara satu sama lain.
"Haih Isabella, awak tulis majoriti tarikh yang sesuai untuk buat majlis ini. Kami sebagai guru akan menentukan tarikh mana yang paling terbaik."
"Sebagai wakil Tingkatan 5, saya cadangkan agar kita buat selepas SPM. Alang alang, kita buat majlis perpisahan dan juga majlis menyambut tahun baru." Isabella mengangguk setuju. Begitu juga dengan beberapa orang guru serta pelajar tingkatan 4 dan 5 yang lain.
"Kami tak setuju! Kalau buat lepas SPM, senior dah habis sekolah, apa jaminan untuk senior-senior kembali ke sini hanya untuk sertai malam Prom?" Fatimah, ahli MPP tingkatan tiga.
"Oi junior! Itu hal kitorang, kau tak payah lah nak fikir pasal tu." Zahra sebagai MPP tingkatan lima sudah naik angin. Banyak sangat membantah, bila nak siap bincang?
"Cukup! Dah dekat tiga jam kita adakan perjumpaan ni. Sudah-sudahlah dengan bergaduhnya tu. Saya cadangkan, kita akhiri perjumpaan kita untuk hari ini." Isabella menghela nafas berat. Rimas!
"TAK SETUJU! BENDA BELUM HABIS BINCANG LAGI KAN?"
"Laila! Jaga percakapan kamu dengan senior! Isabella, kenapa awak nak tamatkan perjumpaan ni?"
"Saya perlukan beberapa hari untuk mengambil data. Antara dua tarikh ini, kita boleh tanya pendapat pelajar lain. Lepastu ikut vote. Siapa lagi tinggi, kita ikut cara mereka. Perjumpaan kedua akan dimaklumkan lain hari."
"Baiklah. Semua dah boleh bersurai. Isabella, apa apa nanti awak boleh maklumkan pada saya terlebih dahulu ya?" Isabella hanya mengukir senyuman.
Aku dah penat nak dengar diorang bergaduh. Haih.. macam manalah aku boleh terjebak jadi ketua pelajar? Kan dah stress sendiri.
Aku berjalan di koridor dengan lemah gemalai. Waktu cuti macam ini lah nak buat perjumpaan bagai.
"Weh Belle!" Aku pusing ke belakang. Hmm, Nadine mesti datang sebab nak tahu tarikh kan?
"Aku tahu kau cari aku sebab apa. Kitorang belum putuskan nak buat majlis Prom bila. Tingkatan 2 dengan 3 kata sebelum SPM. Tingkatan 4 dan 5 kata selepas SPM. Sekali dengan majlis perpisahan dan tahun baru. Aku cadangkan ambil vote. Kau nak yang mana?"
"Aku lagi suka lepas SPM. Kita tak stress dah nak fikir pasal exam." Nadine menepuk bahu aku dengan lembut.
"Alolo kesian kawan baik aku ni. Ketua pelajar yang bertanggungjawab betul eh sampai boleh stress?"
"Gila ke tak stress dalam tu? Kerja diorang bertekak je dari awal sampai lah aku habiskan perjumpaan tadi. Cikgu pun dah lali dengar bunyi hentak meja."
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
Roman d'amourPerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...