Bab |22

3 0 0
                                    

"Belle sayang, bangun please? Jangan buat mama risau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Belle sayang, bangun please? Jangan buat mama risau. Ini kali kedua mama tengok anak mama macam ni. Mama tak kuat sayang.. mama takut."

"Fan, Qasy mana?" Si ayah bersuara. Risau juga kalau-kalau bakal menantunya akan salahkan diri sendiri, walaupun bukan salah dia.

"Tengah settlekan hal jantan tu. Dah siap nanti, InshaAllah dia datang." Irfan hanya mampu memandang kosong kakaknya yang terbaring lemah. Seboleh-bolehnya dia ingin kakaknya bangun sekarang juga, namun kesihatan kakaknya lebih penting.

Suasana dalam ward VIP itu muram. Hilangnya suara Isabella, hilanglah kemeriahan keluarga mereka. Keluarga kecil abang sulong mereka terpaksa duduk di rumah akibat tak mahu tiga cahaya mata tahu akan hal ini.

Si ibu dari tadi tak melepaskan tangan anak gadisnya yang satu itu. Beberapa ketika kemudian, terasa jarinya memberi respon positif.

"Ma..." Puan Maryam menyeka air matanya.

"Belle? Belle okay tak sayang?" Dia mengangguk. Alat bantuan pernafasan ditanggalkan sebelum si permata hati menolongnya untuk duduk dengan betul.

Encik Ilyas menuangkan segelas air mineral. Tanpa membantah, gadis itu menelannya sedikit demi sedikit. Irfan datang mendekat dan memeluk erat kakaknya. Berjuraian air mata mengalir dalam keluarga itu.

Mereka sekeluarga selesa dengan suasana yang sunyi tanpa sebarang kata. Isabella yang sudah sedar itu sudah cukup membuatkan mereka bersyukur. Namun, tidak lama kemudian, Isabella memecahkan kesunyian.

"Belle.. nak putus tunang dengan Qasy." Mereka tersentak. Serentak dengan itu, pintu bilik dibuka dengan kasar.

"Aku tak setuju." Suara garaunya menggegarkan ruang bilik itu.

"Maafkan saya, mama, papa sebab tertinggi suara. Tapi apa yang Belle minta ni memang saya akan bantah. Lelaki tu dah selamat dalam lokap. Apa yang kau fikir Belle? Sampai sanggup nak putus tunang dengan aku?"

"Aku terpaksa."

"Kalau kau fikir pasal kesucian kau, aku nak kau tahu. Aku tak kisah pasal semua tu. Aku bagi kau masa untuk tenangkan diri kau. Kita teruskan sahaja, Belle. And I will make you forget your nightmare. Rehatlah selama mana kau nak. Jumpa kau di hari pernikahan kita." Seusai menyalami tangan orang tua Isabella, Qasyah terus keluar dari bilik tersebut. Hatinya sakit mengingatkan betapa rapuhnya keadaan Isabella malam tadi sampailah sekarang. Orang seceria dia, tak patut melalui perkara macam ni.

Irfan mendekati Isabella sebelum memeluk kakaknya erat. Tanpa berselindung lagi, air matanya mengalir setitik demi setitik.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku, kak? Kenapa kau biarkan diri kau yang kena tanggung semua benda ni? Kau tau kan aku sayang gila dekat kau?"

"Aku tak nak susahkan orang.. aku ingat aku boleh... aku boleh hadap dia. Tapi" tangisannya semakin kuat.

"Shh.. kau belum sembuh lagi. Rehatlah." Perlahan-lahan Irfan membaringkan tubuh itu. Selimut ditarik sehingga paras leher.

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now