Bab | 35

3 0 0
                                    

     Qasyah menutup pintu bilik utama sebelum kaki mengorak langkah ke bilik-bilik yang lain bagi mengejutkan kaum berhalkum yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qasyah menutup pintu bilik utama sebelum kaki mengorak langkah ke bilik-bilik yang lain bagi mengejutkan kaum berhalkum yang lain. Usai selesai, jejaka itu terserempak dengan Nadine dan Lisa. Teringat akan isterinya, lantas mulut dibuka untuk bertanya.

"Nad, Lisa.. Adel dah bangun?" Mereka berdua menggeleng. Qasyah mengangguk sebelum mengajak mereka untuk turun sarapan. Mereka hanya membiarkan Isabella tidur tanpa ada rasa ingin mengejutkannya. Mesti Isabella penat setelah menyusukan kembar betul-betul selepas mereka buat kewajipan solat subuh berjemaah.

Disebabkan semalam si kembar tidur terlalu lena, mereka langsung tidak meragam meminta untuk disusukan. Awal pagi tadi barulah si kembar mula merengek.

Pintu bilik tetamu dibuka apabila Qasyah sudah memastikan bahawa yang lain sudah turun ke bawah untuk menjamu selera yang dimasak olehnya. Wajah Isabella yang masih tersarung telekung dan mukanya yang tenang membuatkan Qasyah tersenyum kecil. Tanpa berlengah, tubuh itu dicempung dan dibawa ke bilik utama. Qasyah meletakkan tubuh itu dengan penuh berhati-hati agar isterinya tidak terjaga.

"Anak papa, jangan bising tahu? Mama tidur, papa nak turun sekejap. Behave okay, handsome?" Pipi Fathi dan Fattah dicium lembut. Tak pernah lekang dek senyuman mereka itu.

Badannya dipusingkan menghadap Isabella sebelum bibir dilabuhkan di dahinya. "Thank you for everything that you've done for us, my love. The one and only cinta hati Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh." Selimut ditarik sehingga paras bahu. Setelah itu, kakinya mengorak langkah untuk turun ke bawah.

"I love you, my prince." Ujar Isabella dalam keadaan mamai. Lima perkataan itu cukup untuk membuatkan telinga Qasyah bertukar warna. Prince. Gelaran yang hanya Isabella sahaja boleh memanggilnya sebegitu. Bukan selalu boleh dengar luahan hati Isabella. Dia tahu, Isabella sentiasa jujur apabila dalam keadaan mamai. Bila dia segar dan cergas, biasanya banyak benda merapu sahaja yang keluar.

"Love you more, Isabella Aisyah Adeleyn." Barulah suis lampu ditutup dan kaki mengorak langkah ke bawah setelah pintu bilik itu ditutup rapat.

"Ha Qasy? Baru turun?" Suara yang baru menerpa gegendang telinganya membuatkan dia tersenyum lebar.

"Mummy, mama, nenda. Baru sampai? Qasy tak dengar pula orang bagi salam tadi. Siapa bukakan pagar?" Laju kaki melangkah mendekati mereka bertiga bagi menyalami mereka sebagai tanda hormat.

"Kawan kamu lah. Belle mana?" Soal nenda setelah tangannya disalami oleh Qasyah.

"Tidur. Subuh tadi kembar merengek, itu yang kepenatan tu. Biarlah dia tidur lama sikit, Qasy tak nak kacau. Kembar pun ada dalam bilik kami."

"Malam tadi dengan semalam macam mana? Merengek tak?" Qasyah menggeleng dengan senyuman lebar dengan soalan ibu mentuanya.

"Diorang baik sangat. Semalam rumah ni bukan main bising, tapi elok je lena si kembar tu. Masuklah, kita sarapan sekali." Jemput Qasyah. Tiga wanita separuh usia itu tersenyum bersyukur. Eloklah, lagipun kalau mereka jenis kuat meragam, tak ke naya buat si ibu yang baru pertama kali jaga bayi kecil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now