Bab |17

2 0 0
                                    

"Attention to all employees, I am pleased to inform you that I will be holding a wedding ceremony in just three weeks. So, all of you invited to Royal Que's Hotel for lunch later. My treat." Suara Qasyah bergema di segenap ruang dalam pejabat itu. Walaupun nama tidak diberitahu, di satu aras yang jauh daripada kebanyakkan staff, ada seorang wanita yang sedang menahan malu.

"Cik Isabella tengah tahan malu ke tu? Bukan apalah, walaupun Tengku tak bagitahu dia nak kahwin dengan siapa, saya yakin, mesti satu pejabat boleh tahu yang awak bakal jadi suri hati Mr.Tengku."

"Tak payah nak merepek sangat ya, Naufal. Ni, awak tak ada kerja ke sekarang ni? Biasanya bukan main keluar masuk bilik Tengku. Entah apa entah yang dibuatnya. Kalah saya yang jadi PA dia."

"Memanglah awak tak sibuk macam saya. Dia mesti tak nak awak penat, sebab tu dia banyak suruh saya buat kerja. Saya punya kerja kena tengokkan intern yang baru-baru. Apa-apa yang mencurigakan saya kena siasat dulu baru terus report. Awak lain, kerja awak memang sentiasa dekat dengan dia. Nanti dah kahwin, confirm 24 jam melekat dengan dia. Silap haribulan, jauh satu sentimeter pun dia tak nak."

"Siapa yang tak nak jauh satu sentimeter?" Suara garau Qasyah membuatkan kami berdua memandang wajahnya. Naufal senyum nakal pandang aku.

"Tengku dengan Cik Isabella."  Jawab Naufal dengan nada bersahaja.

"Tak payah layan dia, Tengku. Daripada tadi merepek."

"Salah, Fal. Aku takkan jauh daripada dia walau 0.01 milimeter sekalipun." Mereka berdua melepaskan tawa. Aku pula yang geram dengan dua ekor ni.

"Qasy! Jangan nak mengarut lagi. Korang berdua pergi sambung buat kerja. Rimas saya tengok awak berdua dekat sini."

"Dia halau kitalah Tengku."

"Dahlah, jom masuk. Takut aku singa betina mengamuk sekejap lagi." Mereka berdua kembali ke pangkuan yang benar. Aku mengeluh kecil. Haih, tak padan dengan waktu kerja diorang main-main.

           Sementara itu, di Lobby, ada seorang wanita yang dah tak rupa macam wanita. Rupa bagaikan beruk sahaja. Segala make-up nya menjadi comot dek air mata.

"I ajak you kahwin, tak pernah sekali pun you terima I Qasy. Siapa perempuan tu? Apa yang bagus sangat dengan betina tu sampai macam tu je you sangkut dengan dia? Whoever she is, literally not suitable for you! I am! Just wait and see." Fareena menggigit sapu tangan dia dengan geram. Macam nak koyak pun ada juga.

"Weh, Kau agak-agak siapa weh?"

"Aku rasa cik Belle. Mana taknya, Tengku berubah weh bila cik Belle masuk kerja."

"Ye weh, kalau betullah kan, memng sesuai pun diorang berdua. Cik Belle tu cantik, belajar overseas. Tengku pulak handsome, kaya, memang gempak lah diorang. Tak sabar nak tengok diorang bersanding." Bisikan-bisikan staff di tingkat lobi itu membuatkan Fareena lebih geram.

"You guys diam boleh tak?!" Mereka memandang Fareena. Selama tiga saat keadaan menjadi sepi.

Saat ke empat segalanya kembali riuh. Tak hiraukan Fareena yang sedang meroyan.

"Ah... finally I can meet you face to face, Isabella. Can't wait to see you." Seorang lelaki tidak dikenali bermonolog sendirian. Memang lobi ni ramai orang tak waras ke? Sorang meroyan, sorang cakap sorang-sorang. Patutlah bos besar duduk tingkat atas sekali. Kalau pejabatnya di bawah, silap haribulan boss pun turut menjadi tidak waras.

"Encik, boleh saya bantu?" Salah seorang pekerja wanita menyapa lelaki itu.

"Saya Haziq Uwais. Jurutera pelatih dekat sini. Saya kena jumpa dengan Tuan Hadiff hari ini." Pekerja perempuan itu senyum dan menunjukkan arah ke tingkat atas sekali. Dia memaklumkan perkara itu kepada Isabella.

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now