Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, siang berganti malam, hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Sedar tak sedar, peperiksaan SPM semakin menghampiri. Hanya berbaki 1 bulan sahaja lagi. Pelajar tingkatan 5 tidak dibenarkan pulang bermalam di rumah masing masing akibat perlu menghadiri kelas tambahan yang bagai tiada penghujungnya.
Pelajar tingkatan 5 turut mengambil inisiatif untuk lebih fokus. Tiada lagi masa untuk bersuka-ria. Kelas demi kelas, hari demi hari, semakin lama semakin banyak nota-nota penting yang diperoleh. Setiap prep malam, mereka akan mengadakan study group secara besar-besaran bersama-sama mengikut kelas masing-masing. Isabella dan Qasyah seringkali menjadi tumpuan ramai kerana Isabella lebih mahir dalam bidang Sains seperti Biologi, Kimia, Fizik, Sains, dan Sains tambahan. Manakala Qasyah pula lebih mahir dalam bidang Matematik seperti Matematik moden dan Matematik tambahan.
Tik
Tok
Tik
Tok
Tik
TokDetik-detik yang dinanti-nantikan telah tiba. Dewan peperangan sedia terbuka bagi Tingkatan 5. Beberapa doa dibacakan oleh Faiq dengan penuh semangat.
Tepat jam 8:30 pagi mereka semua dikehendaki untuk masuk ke dalam dewan demi menjawab kertas peperiksaan pada hari pertama iaitu Bahasa Melayu Kertas 1 selama dua jam disusuli dengan Bahasa Melayu kertas 2.
Hujung minggu. Kelas tambahan dari jam 6:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Isabella tidak mengeluarkan sepatah kata sepanjang hari akibat terlalu fokus dengan latih tubi.
"Belle, ni adik kau datang." Isabella tidak memandang dan hanya sekadar memberi isyarat agar Irfan masuk ke kelasnya.
"Sorry aku lupa nak wish luck kat kau. Yang penting kau buatlah yang terbaik untuk SPM ni. Kakak aku kan genius. Kalau dia bodoh dia bukan kakak aku. Ni mama dengan aunty ada bagi makanan untuk kau dengan Qasy. Nanti bagi dekat dia. Jangan preasure sangat belajar tu nanti kau stress. Ada masa kau tengok lah movie lima minit."
"Hm, kirimkan terima kasih dekat mama dengan aunty. Nanti aku bagi Qasy." Irfan berjalan keluar sambil melambai kakaknya. Isabella membalas lambaian Irfan.
"Omo omo.. handsomenyaa!!"
"Oi oi, yang korang gedik-gedikkan tu adik aku. Jangan nak melebih sangat eh. Dia cakap dengan aku, yang korang nak menggedik kenapa?" Isabella selamba 'sound' sekumpulan perempuan yang seakan histeria bila Irfan datang. Kumpulan itu secara automatik terdiam tanpa suara. Gila ke suka junior?
"Petang ni Sir Airel minta kita untuk outing. Katanya biar awak semua tak rasa macam dekat penjara. Tengok dunia luar. Jom, Sir kata nak belanja tiket wayang ni." Kata-kata Nadine membuatkan ramai yang bersorak gembira. Sir Airel memang antara guru yang paling kaya tapi boleh tahan juga kedekutnya. Disebabkan hal itu, ramai yang bersorak gembira. Duit banyak sangat kot, itu yang bazirkan kat kami semua.
"Belle, jom! Sir belanja tiket wayang." Alisa Melinda menerpa ke arah Isabella.
"Nahh it's okay. Aku ada benda lain nak buat harini."
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
RomancePerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...