Bab |4

8 2 0
                                    

Permainan treasure hunt dimulakan dengan cabutan undi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Permainan treasure hunt dimulakan dengan cabutan undi. Kumpulan pertama, iaitu kumpulan Qasyah, Niyas, Alisa, Nadine serta Isabella mendapat tempat terakhir untuk menjalankan permainan tersebut.

Permainan itu dimulakan tepat jam 2:00 petang. Seusai menunaikan kewajipan, mereka diarahkan untuk berkumpul di tapak perhimpunan. Kumpulan demi kumpulan, selesai mencari harta karun yang disorokkan. Aktiviti diberhentikan sementara pada jam 4:25 petang untuk menunaikan kewajipan. Setelah itu, kumpulan Imdan, kumpulan Aisar serta kumpulan Qasyah akan memulakan pencarian mengikut giliran. Akhirnya tiba masa kumpulan Qasyah untuk masuk ke dalam hutan.

Terasa seperti sesuatu melekap dekat dahi aku. Aku pandang arah Nadine.

"Kau demam lagi weh. Panas sangat ni. Pergilah rest.." ni entah kali ke berapa dia pujuk aku. Memang tak lah aku nak duduk kat khemah tu. Bosan! Akhirnya aku hanya beri isyarat agar Nadine tidak perbesarkan hal ini.

"Qasyah, kalau boleh cari cepat sikit. Dah nak gelap ni." Sir Airel memberi peringatan kepada Qasyah apabila menyedari waktu hampir menunjukkan jam 5:30 petang. Qasyah mengangguk. Alahai, kalau diikutkan dengan peta, tak sampai dua jam pun cari barang tu.

Beg galas yang penuh dengan barang barang keselamatan disandang oleh Niyas. Manakala Qasyah menyandang beg yang penuh dengan barang barang kecemasan. Ketika mereka dalam perjalanan, Alisa berada di belakang Niyas mula membaca peta dengan teliti. Klu..

  "Qasy, Niyas. Stop! Kat sini ada klu." Qasyah dan Niyas menghadap ke arah Alisa.

"Belle, Alisa dengan Nad stay sini, cari klu. Jangan leka. Lagi cepat lagi bagus sebab kita boleh balik awal. Aku dengan Qasy pergi naik atas sekejap." Ketiga-tiga gadis mengangguk faham. Mereka berpecah di kawasan yang ditetapkan.

Alisa sudah jumpa satu klu yang berada di dahan pokok. Manakala Nadine dan Isabella masih tidak menemukan sebarang klu. Masa berlalu dengan pantas. Entah apa silapnya, Isabella tanpa sengaja tersungkur pada akar pokok besar yang menimbul.

"Aduh!" Secara spontan Belle mengaduh. Namun gadis itu kembali bangun dan berjalan seperti biasa. Tanpa Belle sedar, seekor ular berwarna biru menghampirinya.

Tttsssss....

'Halah bunyi apa pulak tu? Baik aku blah dari sini.' Isabella sudah tidak sedap hati. Gadis itu mempercepatkan jalannya. Terasa seakan-akan sesuatu menyinggah di kaki kirinya. Tanpa melihat, gadis itu menggunakan kaki kanannya untuk mengalihkan 'benda' tersebut.

......

"AAAHHH!" Sekali lagi Isabella terjerit.  Namun kali ni jeritannya membuatkan Lisa dan Nadine menghampirinya. Sepintas lalu Isabella melihat sesuatu yang menggigitnya. Ular?!

"Aku panggil Qasy dengan Niyas." Nadine mengangguk. Tanpa berlengah, Nadine menanggalkan kasut Isabella sebelum diteruskan dengan menanggalkan stokinnya.

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now