Sejak kebelakangan ini, Qasyah, Isabella dan Naufal semakin sibuk di pejabat. Tak cukup dengan kerja di pejabat, dekat rumah pun masing-masing sibuk hadap komputer akibat tak mahu kerja semakin bertimbun.
Sudahlah sibuk dengan kerja, ditambah pula dengan tugasan paksa orang minum susu. Tak sangka tugas ini mencabar. Semasa beli barang untuk ibu mengandung, Isabella terlalu teruja sehinggakan lima tin terus dia beli. Sekali dah minum, tak sampai separuh pun dia nak muntahkan semula. Pening Qasyah dibuatnya.
Sedang sibuk melakukan kerja, telefon Isabella berdering.
Mama?
Butang hijau ditekan.
"Assalamualaikum, ma—" belum sempat ingin bertanyakan khabar, satu suara esakan dapat didengari dengan jelas. Mama menangis?
"Ma.. kenapa ni? Ma sihat tak? Mama dekat mana?"
"Sayang.. balik Kelantan please? Grandma.." terus tangan Isabella mula menggigil. Grandma.. ada sesuatu yang dah berlaku ke?
Serentak dengan itu, Qasyah baru sahaja ingin mengajak Isabella ke bilik mesyuarat. Namun, terlihat akan badan isterinya sudah menggigil hebat, mata pun sudah berair, terus Qasyah berlari memeluknya.
Perlahan-lahan telefon itu bertukar tangan.
"Assalamualaikum, mama. Ini Qasy. Semua baik ke dekat sana?"
"Qasy, balik Kelantan ya sayang? Harini. Grandma.. tak sedarkan diri. Please, pujuk Belle." Barulah Qasyah mengerti dengan permintaan ibu mentuanya. Qasyah membiarkan panggilan itu dimatikan oleh ibu mertuanya sendiri.
"Cinta.. jom. Kita balik Kelantan sekarang juga eh?" Tubir mata Isabella semakin panas. Setitik demi setitik kemudian tanpa berselindung, air matanya mengalir deras.
"No.. grandma sihatlah.. grandma tidur tu. Kan grandma kata nak kita balik lusa. Kenapa dia tiba-tiba suruh kita balik harini?" Suara Isabella mula bergetar.
"Shh.. ya, grandma sihat tu. Tak apalah, tak salah kalau kita pergi awal. Jom? Sayang grandma kan? Jom kita balik sekarang." Tanpa sebarang kata, barang yang bersepah di atas meja Isabella terus tersusun rapi dalam sekelip mata. Yang mana penting sahaja mereka bawa balik bersama.
________________________________
Tubuh wanita tua yang terbaring lemah di ward peribadi itu dipandang sayu. Tanpa memperdulikan ahli keluarganya yang lain, laju Isabella menerpa memeluk wanita tua kesayangannya.
"Grandma... kenapa buat Belle risau?" Soal Isabella tanpa menyembunyikan tangisannya. Suaranya turut tersekat-sekat.
"Mama kau yang kecoh. Tengok, aku sihat je ni. Jangan menangis, malu dekat orang." Walaupun kedengaran kasar, grandma hanya ingin membuatkan Isabella rasa lebih baik. Jauh di sudut hati, dia merasakan bahawa mungkin tak lama lagi dia akan meninggalkan segalanya di sini.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
Roman d'amourPerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...