Bab |13

2 0 0
                                    

Tahun demi tahun berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tahun demi tahun berlalu. Aku berjaya tamatkan zaman universiti aku dengan jayanya. Taklah jaya mana, setakat dekan setiap tahun tu adalah juga. Masa hari konvo aku haritu pun, bukan main meriah! Macam aku nak kahwin. Dengan Grandma, Mama, papa, Irfan, Along, semua ada. Huhu.. terasa disayangi.

Aku sambung belajar di Australia hampir 6 tahun. Agaknya Malaysia dah ada kereta terbang ke belum eh?

Hari ini, aku baru dapat panggilan dari sebuah syarikat. Tudung diperbetulkan sedikit dan terus aku berlari turun ke bawah. Nadine pun tengah siap untuk pergi kerja.

Yup, aku duduk dengan Nadine, Alisa dengan kembar tu. Kuat betul jodoh kitorang sampai daripada duduk asrama sama-sama sampailah sekarang kitorang semua dah ada duit sendiri. Kecuali aku. Hehe, aku lambat sikit.

"Girls! Aku gerak dulu! Dah lambat!" Cepat-cepat aku sarungkan kasut dan bersiap untuk hidupkan enjin kereta.

"Belle! Ni ambil ni. Makan bila ada masa, tapi jangan lambat sangat. Sebelum pukul?"

"Sebelum pukul 10 pagi, got it!" Aku ambil bekal yang diberikan oleh Iris. Hmm bau karipap!

Dalam 10 minit perjalanan, kereta aku tiba elok di hadapan syarikat ni. Aku parkir di tempat yang sesuai dan terus menuju ke dalam.

"Hai miss, saya ada interview dengan Mr. Hadiff Aiman harini."

"Ouh, you must be Isabella?"

"Yes, I am."

"Let me show you the way." Wow, receptionists dia peramah! Aku suka. Wanita tadi iringi aku ke tingkat atas sekali. Aku perhati sekeliling, reka bentuk bangunan ni memang nampak.. rich! Dan tak lupa juga segala perabot dekat sini, semua berjenama. Sampai ada jenama yang aku tak tahu jenama apa.

"Tunggu sini. Saya pergi panggil bos sekejap." Aku kini berada di bilik mesyuarat. Agaknya dia mesyuarat dengan menteri ke apa sampai nak besar macam ni?

Terasa teruja bila nampak mic kecil di hadapan aku. Macam dalam drama lah! Aku main-main dan berlakon sementara orang tak ada.

"Ehem. Seronok berangan?"

"Ehh!! Maaf! Saya tak sengaja!" Aduhh Belle! Janganlah sampai kantoi! Biasanya, orang tua tak suka kalau kita ni terlalu ambil mudah. Mesti aku kena marah sebab main-main tadi.

"Hahaha! I gurau je. Duduk duduk. Janganlah takut sangat, macam I ni hantu pula!" Aku angkat wajah untuk melihat rupa majikan di sini. Ya Allah ini ke COO syarikat ni? Ada rupa lah! Kalau bagitahu Airies Aryana ni mesti dia nak kerja dekat sini.

"Hehe, maaf encik."

"Tak apa, so cik Isabella, apa yang buatkan you nak kerja dekat sini? You tahu kan kami perlukan pekerja yang berpengalaman?"

"Mestilah saya tahu, encik. Masa saya belajar dulu, saya ada kerja sampingan dekat kedai serbaneka, IKEA, shopping complex, maka saya dah ada pengalaman. Sebab tu saya pilih syarikat ni. Syarikat ni nampak kaya, jadi saya cuba jaya je lah."

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now