Bab | 24

2 0 0
                                    

Isabella ralit membelek buku-buku yang tersusun di atas rak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Isabella ralit membelek buku-buku yang tersusun di atas rak. Qasyah pula setia menunggu isterinya di satu sudut kedai itu. Dalam diam, lelaki itu mengambil gambar isterinya yang fokus mencari buku. Comelnya lah. Isteri siapa ni? Isteri Qasyah Ar-Riyadh!

Tanpa disedari, salah seorang dari staff kedai itu menghampiri Qasyah.

"Encik, kalau saya nak minta nombor encik boleh?" Qasyah memandang wajah staff perempuan itu. Dia terkebil-kebil sebelum melihat kiri kanan depan belakang terlebih dahulu. Mana tahu ada orang lain selain dia? Tapi memang dia sorang.

"Me?" Wanita itu mengangguk sambil tersenyum manis. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, tiba-tiba Isabella datang menghampiri mereka.

"Husband.. sayang penatlah. Jom balik. Sayang lapar.." Qasyah lagi terkebil-kebil bila Isabella memeluk tangannya. Belum cerita nadanya yang sengaja dileretkan. Demam ke apa?

Isabella menghilangkan senyumannya sebelum memandang staff wanita itu dengan pandangan kosong.

"Hai, I'm Isabella. His beloved WIFE." Isabella menjeling staff itu. Staff itu tercengang seakan tidak percaya. Biar betul perempuan ni?

"Sorry, saya tak tahu dia dah kahwin."

"Sorry on behalf of my wife." Nadanya dikekalkan mendatar. Walaupun dalam hati ingin senyum sampai ke telinga bila teringatkan apa yang Isabella kata tadi.

Staff tadi tersenyum tawar. Terus dia beredar dari situ dan kembali kepada rakan-rakannya yang lain.

"Dah bayar? Kalau dah, jom. Let's feed your hungry tummy." Tangannya mengusap lembut kepala si isteri. Isabella mengangguk dan mereka keluar dari kedai itu serta merta.

Sebaik sahaja kaki melangkah keluar, terus wanita itu mendengus kasar dan melepaskan tautan tangan mereka. Qasyah memandang Isabella dengan wajah tertanya-tanya. Kenapa pula ni?

"Memang tak reti nak cakap diri tu dah kahwin ke? Kenapa? Bisu dah?" Lelaki itu tersenyum. Lah, berlakon ke? Ingatkan betul-betul tadi.

"Aik? Mana 'husband.. sayang penatlah. Jom balik? Sayang lapar..' HAHAHAHAHA!" Isabella mencebik. Tangannya laju menarik kasar rambut Qasyah. Bukan main sakan ya dia gelak?

"Sakit Belle! Aduh! Lepas lepas! Rambut jangan main la!!" Sudahlah Isabella tu tak cukup inci, terus terbongkok dia bila wanita itu menarik rambutnya dengan kuat. Silap haribulan boleh botak.

"Nak bahan aku lagi ke tak?" Dalam hati, Isabella sudah tergelak jahat.

"Tak tak! Lepaskan rambut aku, Belle!" Serta merta dia melepaskan tangannya daripada terus menarik rambut Qasyah. Tangan Isabella memaut tangan Qasyah sebelum tersenyum gembira. Puas hati aku!

"Weh tapi sumpah. Comel tau kau cakap macam tadi tu. Blushing kita. HAHAHAHA!!"

"Nak kena lagi ke? Meh aku tarik rambut kau sampai botak." Isabella mengacah untuk tarik rambut suaminya sekali lagi. Laju sahaja Qasyah mengelak.

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now