Bab |2

15 2 0
                                    

     "MACAM MANA DIA BOLEH SEKOLAH SINI??!!" Memang sampai sahaja di tandas terus aku jeritku sekuatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MACAM MANA DIA BOLEH SEKOLAH SINI??!!" Memang sampai sahaja di tandas terus aku jeritku sekuatnya.

"Kau kenapa gelabah sangat? Dia tak ada bagitau kau ke?" Cepat cepat aku memandang ke arah sahabat aku.

"Nak bagitau apanya kalau nombor pun tak ada? Tak masalahnya kenapa tiba-tiba balik Malaysia? Sebab nak SPM semata? Macam pelik aje!"

"Ahh lantaklah! Yang aku pelik sekarang ni, macam mana kau kenal budak baru tu? Siapa? Qasyah kan nama dia?"

"Haih.. dia kawan baik aku masa tadika. Sekaligus kawan si Irfan. Irfan anggap dia macam abang. Ingat kali pertama kita kenal masa darjah satu? Aku selalu cakap yang aku tak nak kawan dengan orang lain selain Prince aku sahaja. Dialah Prince tu. Betul betul pagi sebelum pergi sekolah, aku dapat tau dia pindah negara orang. Menangis teruk aku. Aku siap kunci pintu bilik sebab tak nak sekolah kalau tak ada Prince."

"Lahh itu ke Prince kau. Hensemnya! Aku ingat dia cokia cokia je. Mesti masa kecik dia comel kan? Halah, entah entah dia tak ingat kau.." ujarnya meleret. Ya Allah banyak betul ujian yang aku perlu tempuhi. Dia ni memang tak dengar ke tadi?

"Tak ingat? Tadi baru dia cakap hai. Tu kau kata dia tak ingat? Si Irfan tu pun elok je peluk dia. Kalau dia ingat Irfan mesti dia ingat aku weh! Wehh malu nya! Dia nampak aku serabai tadi." Kepada semua, inilah perangai aku sejak masuk sekolah menengah. Pantang aku buat silap sikit terus aku rasa malu yang menggunung. Padahal benda kecil je.

"Dah la. Kau rilek je. Aku ada. Gelabah sampai kiamat pun tak guna juga. Jom, keluar." Nadine menepuk bahu aku. Tanda 'percayakan aku'. Akhirnya kami keluar dari tandas.

Dalam perjalanan ke kelas aku terlanggar seseorang. Atau lebih senang kata, Irfan Darwish.

SPLASH!

Terasa air panas tumpah lalu terkena tanganku.

"Ouch! Panas! Panas! Panas!" Ni air minuman ke air nak azab orang?

"Weh!! Sorry sorry. Sorry weh aku tak sengaja. Kau okay tak?" Irfan dah gelabah lalu terus mencapai tanganku.

"Pedih la gila. Panas kot air kau tu." Kelihatan tangan aku makin bertukar warna kepada kemerah merahan. Sumpah rasa macam nak menangis weh. Azab!

"Basuh dulu tangan ni." Mujur sahaja sekolah ni banyak singki tepi tiang. Irfan memusingkan kepala paip dan seterusnya menghulurkan tangan aku.

"Er.. alang alang korang beradik kan, aku gerak dululah. Nanti aku bagitau Sir Airel yang kau... cedera. Bye!" Terus dia pergi macam tu je. Hmm lepas ni masa Sir Airel? Patutla nak cepat semacam. Sir Airel ni dia tegas tapi ramai peminat. Jangan cakap cikgu perempuan dengan pelajar perempuan je, tukang kebun pun boleh minat dekat dia. Boleh tahan elok jugalah rupa dia. Tapi tulah, cikgu paling menjengkelkan.

"Haih kau ni.. kot ya pun gelabah si Qasyah tu sekolah sini, janganlah sampai leka masa jalan tu. Tengok apa jadi! Tak sampai dua minit aku ambil air ni kat kantin." Lah, dibebelnya aku? Tak pernah lagi tau aku dengar adik bebel kakak. Nak nak adik lelaki. Fuh pecah rekod dia ni.

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now