Hampir satu minggu. Tiada langsung berita tentang lelaki itu. Mungkin lelaki itu terlalu sibuk. Entah-entah, majlis malam ni pun dia tak dapat datang.
Entahlah, yang pasti sepanjang ketiadaan Qasyah, aku rasa bosan.
Ingat lagi surat jemputan ke majlis reunion sekolah aku? Inilah harinya.
Aku mengenakan baju berwarna biru pekat. Penampilan hari ini mungkin lebih ringkas berbanding dahulu.
Kembar dan yang lain ralit membetulkan pakaian mereka.
Tepat 8:00 malam, kami bertolak ke destinasi.
________________________________
Suasana dalam ballroom ni terlebih meriah. Masing-masing teruja apabila dapat bersua kembali. Qistina dan Batrisyia turut hadirkan diri. Setelah hampir tujuh tahun berpisah, ramai di antara kami yang semakin matang. Baguslah.
"Belle, Qasy tak datang ke? Dari tadi aku tak nampak pun kelibat dia." Nadine mula bertanya. Aku hanya senyum dan menggeleng. Dia sibuk kot. Tak apalah.
"Pfft.. tengok tu. Orang lain semua datang bawa partner. Yang meja hujung tu tak laku ke?" Kami memandang arah datangnya suara itu. Halah, Sarah rupanya. Manusia paling kuat cemburu buta dalam alam semesta ni. Di sebelahnya, terdapat seorang lelaki yang asyik dengan telefon pintarnya. Boyfriend baru kot?
"Bukan tak laku, cuma harga kitorang mahal sangat sampai tak ada yang mampu datang dekat. Daripada kau? Dari dulu harga maintain sama je ke? Murah sangat tu. Telur ayam pun dah makin mahal. Kau bila lagi?" Alisa membalas. Kami berempat gelak serentak. Merah muka dia. HAHAHAHA!
"Heh, betullah tu. Diorang tak mampu sebab orang yang suka dekat korang semua miskin! Tengok aku. Duit berkepuk ni la yang datang dekat. Setakat poket nipis yang cari, better jadi andartu je!" Qistina mencelah. Dah jadi geng?
"Poket tebal-tebal buat apa? Boyfriend kau tak ada bank ke? Kesian eh? Bawak duit hulu hilir. Orang sekarang pakai card. Black premium card lah senang cerita kan? Suruh lah boyfriend kau buat account bank. Kesian tengok, bawa duit banyak-banyak. Kena rompak, baru tau nak menangis." Airies pula yang menokok tambah.
Wajah mereka tunjukkan riak tak puas hati. Tahu pun nak diam!
Pengacara bagi tahun ini ialah Imdan Lathif dan Puteri Asniesha. Mereka berdua memakai warna yang sedondon bagi serlahkan lagi keakraban mereka.
"Puteri, aku dapat makluman bahawa kita akan dapat satu kejutan besar. Apa agaknya kejutan yang bakal tiba?"
"Kejutan? Hmm, adakah ada tetamu penting yang akan hadiri majlis kita? Atau.. ada antara kita yang dah sedia nak bina rumah tangga?" Imdan senyum nakal. Siapa nak kahwin ni? Agaknya kahwin dengan orang luar atau antara kami sahaja?
"Psst.. ada batch kita yang dah nak kahwin sia!"
"Ye dho! Aku ingat diorang gitu-gitu je. Sekali ada yang terus kahwin weh!"
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
RomancePerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...