Beberapa hari telah berlalu, suasana di rumah Grandma sentiasa riuh semacam sehingga ada orang kampung menyangka bahawa wanita tua itu mengadakan kenduri.
"Assalamualaikum!!" Seseorang memberi salam. Grandma yang berada di perkarangan rumah terus berlalu ke pagar rumah.
"Waalaikumussalam. Ha Man, gapo mu mari sini?"
"Hehe hai grandma. Bukan apa, jarang dengar rumah grandma riuh. Ada apa?" Lelaki itu menjenguk ke dalam rumah orang tua itu.
"Mu keliklah Man, aku ado tamu. Mu pun bukan ada tujuan pun mari sini."
"Grandma ada tamu? Isabella balik sini ke Grandma?" Lelaki bernama Aiman, anak ketua kampung mempamerkan riak suka. Daripada Isabella tingkatan satu lagi lelaki itu sudah mula jatuh cinta dengannya. Namun secara sukarela dan senang hatinya Isabella menolak cinta Aiman.
"Grandma! Siapa datang tu?" Isabella pula yang menjenguk dari pintu.
"Hai Bella! Ingat lagi tak? Aiman Aiman."
"Ouhh Aiman! Kau buat apa datang sini?" Selamba sahaja mereka berdua. Sorang luar pagar, sorang dalam rumah. Jarak pagar dengan rumah kira-kira 80m.
"Grandma tak nak buka pagar ke Grandma..? Man nak berbual dengan Bella sekejap je."
"Tok sey la aku. Mu bualla lagu ni hingga esok." Grandma terus meninggalkan Aiman bersendirian di luar. Malas nak layan perangai gatal Aiman. Bukan dia tak tahu Aiman merupakan sseorang playboy kampung. Semua anak dara orang dia nak.
"Belle! Mu bual gini je deh? Jange nok dekat denga dio."
"Aip aip Grandma!"
"Weh Bella! Bila kau nak accept aku? Lama weh aku tunggu untuk kau accept aku!"
"Aiman! Aku malaslah nak cakap pasal hal ni, entah-entah aku ni orang ke 235."
"Weh mana adalah! Aku suka kau je! Betul ni sumpah!"
"Kau nak aku tanya sekor sekor ke anak dara kat sini?" Lama kelamaan Isabella pula yang naik muak. Datang rumah tiba-tiba, lepastu cakap benda mengarut macam ni. Manalah orang tak menyampah?
"Woi kak. Kau cakap dengan siapa? Dari tadi lagi?" Irfan menggosok matanya. Haih.. baru datang? Isabella menggelengkan kepala sebelum menunjuk ke arah pagar. Irfan menoleh.
"Aiman ke tu?" Aku pandang Irfan. Aik? Tak nampak ke? Patutlah, tak pakai spek. Aku angguk sahaja sebagai balasan. Serius aku tak suka mamat tu. Dah lah suka kacau anak dara orang, Suka bergaduh, Suka merempit. Banyak lagilah masalah dia.
"Ouh, patutlah tadi aku dengar grandma suruh Qasy cari pasu yang dah lama tak guna. Ada mamat ni rupanya." Mata aku terbuntang, dalam hati mengharapkan bahawa aku hanya tersalah dengar. Almaklumlah, telinga belum korek lagi.
"Man! Baik kau balik sebelum Grandma baling pasu kat kau! Tadi aku perasan Grandma tengah cari pasu dia yang lama-lama. Katanya nak baling kat kau!" Bagaikan mendapat isyaratdaripada suara Irfan, tiba-tiba suara grandma muncul lagi.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
Roman d'amourPerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...