Aku bangun lebih awal daripada Qasyah. Walaupun sebenarnya rasa nak tidur tu masih lagi membuak-buak, aku cuba untuk tidak menghiraukan benda tu. Kalau aku tidur, dia pun tidur, siapa nak buat sarapan? Jiran sebelah?
Harini, aku rancang untuk sediakan maggi goreng untuk Qasyah. Ditambah dengan ayam goreng serta telur goreng. Kali ni je aku bagi makanan macam ni, lepasni tak dah. Tak elok makan berminyak selalu.
Aku basuh sayur terlebih dahulu. Tiba-tiba telefon aku berdering. Nampak sahaja nama si pemanggil, terus aku angkat.
"Belle! Makin berseri siak member aku." Suara Airies Aryana yang bergema terlebih dahulu daripada yang lain.
"Kau ni.. member dah taken sebab tu berseri. Kita ni lainlah, entah bila entah nak berseri."
"Nad, kau ada Niyas tau. Tinggal tunggu masa je tu." Airies Aryana membalas. Aku gelak sahaja sambil tangan sibuk bergerak demi siapkan sarapan kami berdua. Aku sebenarnya dah lapar ni.
"Niyas? Nak aku? Kiamat pun belum tentu weh."
"Belle, kau dekat mana sebenarnya ni? Rumah Qasy?" Aku pandang Alisa.
"Tak. Kitorang dekat New Zealand. Ini rumah keluarga dia masa diorang duduk sini dulu. Ni, masing masing tak kerja ke macam mana?" Tiba-tiba panggilan video itu menjadi sepi.
"Pehh ganas dah sekarang, ponteng kerja." Spontan mereka gelak.
"Kau masak apa? Sampai Malaysia bau."
"Banyaklah kau. Tak buat apa-apa pun lagi. Tadi macam nak buat maggi goreng. Tapi tak jadi, aku nak buat scrambled egg."
"Untunglah kau, Qasy.. boleh rasa air tangan Belle setiap hari. Dia ni dekat rumah, susah betul nak nampak dia masuk dapur." Iris Amelia menjulingkan matanya. Eleh, iri lah tu.
"Tak apa, Amelia. Nanti ada masa, aku balik rumah kita lepastu aku masak untuk korang semua pula." Tiba-tiba ada satu tangan kekar yang memeluk tubuhku manakala lagi satu tangannya menutup skrin telefon aku dengan meletakkan skrin itu menghadap permukaan meja.
"Aik? Gelap terus?" Diam-diam mereka ukir senyuman mengusik Belle.
"Morning cinta hati." Kepalanya diletakkan atas bahu aku. Tak mampu nak membalas pandangan, aku berusaha mengalihkan pandangan. Asalkan jangan bertembung mata dengan dia.
"Weiiiii cinta hatii!" Alisa sengaja mencelah.
Ke mana mata aku pandang, kat situlah mata dia halang pandangan aku. Tangannya mengalihkan segala peralatan dapur yang berdekatan dengan kami. ARGH!! Qasyah janganlah dekat sangat!!
"Ee apa ni avoid eye contact.. tak payahlah malu, dah sah kan?" Dia seakan-akan merajuk. Ahh ni lah lelaki. Bukannya reti nak faham perempuan!
"Ee orang tengah video call la.. lagi satu, kan Adel tengah buat sarapan. Pergi duduk ruang tamu sana. Jangan kacau."
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
RomancePerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...