Perasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Congrats adik along, you have Qasyah's and Isabella's junior. Dah tiga bulan." Terus Isabella membulatkan matanya. Tanpa teragak-agak, Irwan memeluknya erat.
"A..along. Maksudnya..." Isabella memandang perutnya yang masih kempis. Terus Irwan mengangguk laju.
"Belle selalu muntah tu morning sickness. Cuma alahan Belle lagi teruk daripada kak Syerra tahu? Apa-apa jumpa along je lepasni. Jaga elok-elok yang dalam tu. Jangan makan benda pelik-pelik sangat." Isabella mengangguk. Tubir matanya sudah mula berair. Bila-bila masa sahaja jadi air terjun.
"Belle nak minta satu je dengan along. Tolong jangan bagitahu sesiapa? Termasuk akak, mama dengan papa. Belle nak Qasy orang pertama tahu selepas along. Biar dia putuskan bila nak bagitahu semua orang."
"Boleh, adik along. Ni, Belle nak tengok dia? Cumanya, jantina belum tahulah." Isabella mengangguk laju. Irwan meminta agar Isabella mengekori jururawat dibelakangnya.
Paparan itu ditatap dengan air mata yang perlahan-lahan jatuh ke pipi. Comelnya..
"Belle? Along kau kata apa?" Soal Alisa sebaik sahaja Isabella keluar daripada bilik pemeriksaan.
"Aku salah makan. Tak lama lagi eloklah. Jom, kita balik." Biarlah rahsia buat masa ni.
"Aku drive. Kau, rehat secukupnya. Kang Qasyah tu marah kitorang pula bila nampak muka kau pucat macam ni."
________________________________
Keesokan harinya, Isabella langsung tidak berkomunikasi dengan Qasyah. Niat Qasyah ingin bertanya ditangguhkan terlebih dahulu akibat terdapat 'urgent meeting' dengan klien.
Naufal turut perasan akan perubahan Isabella. Langsung tidak bertegur dengan majikannya. Mata khusyuk memandang komputer riba. Dah tak pandang tempat lain dah.
Waktu makan tengahari tadi pun, mereka makan berasingan. Apa yang dah jadi antara mereka?
Pintu diketuk sebanyak tiga kali. Qasyah memberi keizinan masuk. Kelihatan Isabella memegang sepucuk sampul surat berwarna coklat. Tanpa berkata apa-apa, surat itu diletakkan dihadapan Qasyah sebelum segaris senyuman dihadiahkan buat lelaki itu. Tanpa menunggu respon Qasyah, kaki mengorak langkah keluar daripada biliknya.
Sampul itu dibuka dengan hati-hati. Surat apa ni?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.