Bab |27

0 0 0
                                    

Malam itu, Isabella menolong Qasyah untuk menyapukan ubat di bahunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu, Isabella menolong Qasyah untuk menyapukan ubat di bahunya. Namun begitu, Isabella tetap berkeras mengajaknya untuk ke klinik bagi pemeriksaan lanjut. Qasyah hanya senyum dengan telatah isterinya. Risau sangat..

"Esok kita pergi Australia tau. Malam ni boleh packing siap-siap." Ujar Qasyah.

"Seriouslah? Tapi hun okey ke nak jalan jauh-jauh? Tak sakit ke bahu ni?"

"Tak, cinta. I'm okay. Kalau tak baik juga, nanti kita pergi klinik dekat sana je okay?"

"Okay." Balas Isabella dengan nada yang sedikit rendah berbanding kebiasaan.

Pasangan itu tiba di Australia tepat jam dua petang. Namun, Qasyah putuskan agar berehat terlebih dahulu sebelum keluar bersiar-siar keesokan harinya.

Awal pagi lagi, Isabella sudah mencelikkan mata sebelum Qasyah. Langsir yang tidak berikat diselak sedikit bagi menampakkan keindahan bandar.

Dia memandang Qasyah yang masih nyenyak dibuai mimpi. Lajak diambil sebelum dia berlari anak ke arah MORNING MY HUNNY BUNNY!" Qasyah hanya menayangkan riak pasrah. Dia terlebih gula agaknya.

"Morning my cinta hati. Haih, dah lah dia lompat atas kita. Buat muka tak bersalah pula tu. Tak tau ke badan awak tu berat." Isabella terus memuncungkan mulutnya. Tanpa berkata apa-apa, Isabella menghempaskan tubuhnya di atas Qasyah buat kali kedua.

"Aduuhh.. HAHAHAHA, dah, cinta nak apa sekarang ni? Hmm?" Tangan Qasyah yang selama ni berada di sisinya, terus naik melingkari tubuh Isabella.

"Jom jalan-jalan. Semalam hun kata nak Adel bawa hun jalan jalan dekat sini. Hun nak tahu kan tempat kegemaran Adel dekat sini. Jom lah hun.. jom lahh." Qasyah mengangguk sambil matanya terpejam. Tubuh Isabella yang masih berada di atasnya dibiarkan sahaja namun tangannya masih kekal melingkari pinggang itu.

"Cinta dah mandi?"

"Belum. Mandi pagi dekat sini tak elok tau hun."

"Banyaklah cinta punya tak elok. Cakap jelah malas mandi. Dasar kepam." Isabella tidak memperdulikan apa yang dikata oleh Qasyah. Selesa pula bila kepalanya tersandar elok di dada bidang suaminya. Lama kelamaan dia sendiri yang terlelap. Sedar akan tiada sebarang pergerakan daripada Isabella, dia tersenyum sendiri. Aik? Tadi dia yang beria ajak keluar, ini dia pula yang tidur? Rambut panjang mengurai itu dielus lembut.

________________________________

"Babe, you kenapa ni? Ke hulu, ke hilir macam orang tak betul je I tengok."

"Erghh! You tak faham, Betty. Mamat tu dah buat I jatuh cinta mati dekat dia. And dia langsung tak bertanggungjawab! Penat I cari dia, I cuba nak rapatkan diri I dengan dia, tup-tup, dia kahwin dengan perempuan lain. I ni nampak macam tembok ke bagi dia? Apa yang bagus sangat dengan perempuan tu?"

"Oh my gosh! Ini dah entah kali ke berapa you cakap pasal ni. Bila I tanya siapa? You just cakap anak Tengku. Memang dia sorang je anak Tengku dalam negara ni. Atleast bagilah tahu I nama dia." Fareena menggigit bibirnya. Walaupun sudah berkawan agak lama, dia masih lagi ragu-ragu untuk mempercayakan Batrisyia itu. Entah apa dosa salah silap dia yang buatkan Fareena sukar untuk mempercayai sahabatnya itu.

BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-RiyadhWhere stories live. Discover now