Waktu prep, aku pergi ke kelas Irfan. Agak jauh juga jaraknya dari kelas aku. Tak faham betul kenapa Irfan rajin datang kelas aku semata nak minta duit, berbual dengan Qasyah.
Tok tok tok..
"Irfan Darwish, ni ha kakak kau datang." Rakan sekelasnya memanggil Irfan yang sedang khusyuk mengulangkaji. Eh? Dia ulangkaji? Salah minum ke semalam?
"Kau kenapa? Kakak aku dekat hospital la." Amboi senangnya dia cakap aku dekat hospital.. orang dah suruh on fon dia degil. Tengok kan dah duduk gua.
Aku menghadiahkan senyuman kepada rakan sekelasnya sebelum melangkah masuk. Tak percaya ya yang aku datang..
"Ehem, kau ni salah minum ke semalam? Tiba-tiba rajin belajar?" Irfan mendengus geram. Buku Matematik tambahannya ditutup kasar sebelum bangun dari duduknya.
Irfan memandang aku. Wajahnya yang menahan amarah kini bertukar biasa. Matanya agak berair.
"Kau.. kak!" Terus dia memelukku erat. Terasa bahuku sedikit basah, tahulah yang dia sedang menangis. Aduh.. adik aku cengeng rupanya.
"Ya ya.. aku ada ni. Kau tak payahlah menangis, malu kawan kau tengok."
"Weh.. rindu kau. Sumpah sumpah aku rindu kau. Bila kau sedar?"
"Mungkin.. hari yang kawan aku datang melawat? Lepas semua balik, aku tersedar. Lepastu along masuk wad aku, terus dia panggil doktor."
"Ni, kaki kau okay ke? Sakit tak?"
"Alhamdulillah, tak ada apa-apa parut. Cuma aku still kena pergi appointment dua minggu sekali" Aku mengambil satu kerusi kosong untuk mengambil tempat duduk sebelah Irfan. Penat la mendongak pandang dia. Walaupun yang geraknya mata aku je.
Sepanjang prep petang tu aku hanya meluangkan masa dengan Irfan. Nak ajak dia pergi borak dekat tempat lain, katanya perpustakaan penuh. Lepak taman, katanya malas. Suka hatilah, akhirnya aku teman je dia duduk dalam kelas. Tolong dia sikit bahagian yang dia tak faham.
Aku menikmati pemandangan kawasan sekolah dari bilik auditorium sekolah. Ada yang tengah main bola sepak dekat padang. Ada yang belajar dekat sekitar taman. Macam-macam gelagat yang aku boleh nampak dari atas ni.
Tiba-tiba aku teringat masa aku rehatkan diri dekat rumah. Aunty Tiffany kebetulan ada dekat rumah, terkejut betul bila nampak aku turun dari tingkat atas.
Flashback
"Puteri intan payung mama, kenapa turun? Kaki tu belum elok lagi kan?"
"Isabella? Dia dah keluar dari hospital?"
"Haah. Baru tadi Irwan hantar dia ke sini. Alhamdulillah, lepas je kawan dia balik dari melawat, terus sedar."
"Eloklah macam tu" Isabella menghampiri Puan Tiffany. Tangan dihulurkan tanda ingin menyalami wanita separuh umur itu.
Tungku Tiffany Sophia. Wanita berkacukan Amerika Syarikat-Melayu. Bapanya seorang Melayu asli manakala ibunya pula seorang wanita daripada Amerika Starikat. Berkahwin maka dapatlah Qasyah dan adik beradik lain. Maka, tidak hairanlah jika adik beradik Qasyah mempunyai rupa yang luar biasa.
Jika difikirkan semula, Puan Maryam dan Ilyas Daniel yang memang Melayu asli tu pun dapat cahaya mata yang masing-masing elok rupa parasnya. Ibu bapa mereka Two-partner goodlooking bestfriend mungkin?
"Tadi Belle dengar suara aunty, itu yang Belle turun sekejap. Lagipun kaki Belle tak teruk pun. Parut pun tak ada. Takdir kan?" Puan Tiffany tersenyum mendengarkan tutur bicara Isabella yang penuh sopan santunnya.
"Baguslah, aunty ni dah pening dah bila tengok Qasy tu menggelabah haritu. Lepas je Belle pengsan, dia terus minta cikgu call kan ambulance. Sementara tu dia call aunty, macam nak menangis pun ya juga bila aunty dengar suara dia masa tu."
"Qasy? Melebih je dia tu.. orang baik-baik je cuma masa tu teruk la juga rasanya sebab Belle demam. Bisa dia merebak cepat." Mereka berdua berborak buat beberapa ketika sehinggalah makanan siap dimasak. Hanya tinggal untuk hidangkannya sahaja. Isabella meminta izin untuk menolong mamanya, eh disuruhnya duduk depan.
Tiba-tiba ada satu ayat yang keluar dari mulut Puan Tiffany yang membuatkan gadis itu rasa agak janggal.
"Bagusnyalah Isabella ni. Cakap dia lembut je bila dengan orang tua. Daripada dulu sampai sekarang tak berubah pun. Kan bagus kalau si Qasyah tu dapat perempuan macam Isabella bila dah besar nanti.. kalau dapat Isabella ni lagilah aunty suka."
"Ish aunty ni melebih pula. Awal lagilah Belle nak fikir macam tu.." Isabella membalas dengan lembut. Aku dengan Qasy? Erm.. pelik pula bunyi dia. Qasy tu pun entah-entah tak ambil tahu mana pun pasal aku lepas dia pindah. Tau tau muncul depan mata.
"Mananya awal, Belle dah tingkatan lima. Sambung belajar sikit lepastu cari kerja. Sama juga dengan Qasy. Ada duit, ha kahwin la!" Seloroh Puan Tiffany. Walaupun tahu sahaja Isabella tak berapa selesa, namun gadis itu tetap memaparkan senyuman.
"Dah lah tu, kau ni malu anak aku. Muka dia tu tak payah pakai blusher dah. Malu sangat tu. Pasal tu nanti kita roger diam-diam je. Aku pun suka je kalau Qasy tu jadi menantu aku." Sambung si mama pula. Ya Allah ni dah kenapa tiba-tiba pula ni? Dah dekat 11 tahun aku tak tahu apa-apa pasal mamat tu, ni tiba-tiba jumpa balik dah cakap pasal kahwin. Peninglah aku macam ni.
"Ma, aunty, Belle naik dululah. Tiba-tiba pening kepala. Patutlah doktor suruh rehat. By the way, thanks for the food my dear queen." Terus aku naik ke bilik dan menutup pintu serapat-rapatnya. Pening betul ke tak, tak kisahlah asalkan aku dapat lari.
"Ehh tiba-tiba pening? Suka hati Belle lah.." Puan Maryam hanya menggelengkan sahaja karenah anaknya. Itu jelah helahnya bila nak mengelak.
Tamat flashback
"Belle! Kau fikir apa sampai tak dengar aku panggil ni?" Aku tersedar semula ke masa kini. Irfan dah pandang aku pelik semacam.
"Tak ada.. aku teringat something tadi. Ha, kau ada nak tanya apa?" Irfan hanya menggeleng dengan perangai aku. Selepas selesai menolong Irfan, kami berdua pulang ke asrama bersama. Ini pun dah lambat ni, patut kelas kosong dah.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
RomancePerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...