Hari ini, Qasyah mengarahkan aku untuk kekal di pejabat sahaja. Ada beberapa benda yang aku perlu buat. Disebabkan hari ni aku kena duduk pejabat, baru aku tau ramai betul yang nak jumpa dia. Qasy ni CEO ke menteri kewangan?
Aku sedang menyemak beberapa fail sebelum ingin meletakkannya di dalam bilik lelaki itu. Tiada angin mahupun ribut, seorang wanita menerpa laju ke biliknya. Namun, sempat aku halang dia dari buka pintu bilik Qasyah.
"Who are you? Siapa you nak halang I dari masuk bilik ni?"
"I'm his secretary. You're not allowed to see him if you don't make any appointment."
"I'm his future wife. Go, I want to see him." Agaknya perempuan ni memang dari England lah. Tak reti bahasa Melayu ke?
"Dia tak ada dekat dalam. Bukalah kalau tak percaya." Wanita itu buka pintu. Eh lah, faham Melayu rupanya.
"Mana dia?" Wanita itu mula berteka-teki.
'Ingat, sesiapa yang cari aku, jangan pernah bagitau aku dekat mana. Kecuali kalau mommy atau daddy atau keluarga terdekat aku.'
Ouh, aku tak boleh bagitau kedudukan Qasy.
"Maaf, cik. Saya tak tahu."
"Useless! Baik tak payah jadi secretary. Petang nanti I datang lagi. Cakap dengan dia, Fareena nak jumpa." Malas aku nak bagitau. Cakaplah sendiri. Aku secretary, bukan isteri.
Aku hanya perhatikan wanita itu berlalu pergi. Qasy Qasy.. kau tak ada perempuan yang elok lagi ke nak jadikan isteri?
Beberapa minit kemudian, suara Fareena tadi kembali masuk dalam gegendang telinga aku. Ee, rasa nak samak telinga ni bila dengar suara dia. Apa dosa dia dekat aku? Entah. Tapi perangai dia tu aku tak suka. Kata nak datang petang, tak sampai satu jam kau muncul balik.
"Qasy, please! I'm sorry okay?" Fareena cuba mengejar langkah laju tambah langkah besar Qasyah. Uish, macam nak lari 100 meter.
Qasyah tiba di depan meja aku merangkap depan pintu bilik dia juga. Satu plastik berisi cawan bertutup dia letak atas meja aku.
"Cendol? Tengku bagi saya ke?"
"Taklah, duda company seberang. Mestilah saya yang bagi. Dah ciao! Aku kunci pintu tau, jangan bagi dia masuk." Katanya perlahan. Cukup-cukup untuk aku dengar.
Fareena yang baru tiba di hadapan biliknya, mengetuk pintu itu berkali-kali sambil memanggil lelaki itu. Bisinglah!
"Cik, cik dah ganggu staff dekat sini. Tengku sibuk, dia tak nak jumpa dengan sesiapa sekarang. Cik kena balik atau saya panggil security."
"Eh, You diam boleh tak?! Ni hal I dengan future husband I!" Ceh, bakal laki dalam mimpi je ke?
Aku menekan butang telekom memanggil securiti. Sementara menunggu, aku menarik kasar tangan Fareena agar dia berhenti mengetuk pintu bilik Qasy. Tolonglah, bising tau dia main ketuk ketuk.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
RomancePerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...