Aku dan Irfan masuk ke Ballroom serentak. Kad jemputan kami perlu di scan terlebih dahulu untuk mengambil kira kehadiran.
"Ya Allah, bidadari!" Bisikan bisikan syaitan pelajar lain buat aku rasa nak menyorok belakang Irfan. Dah kenapa tiba-tiba semua pandang aku!
Tapi.. entah kenapa laju mereka memandang, laju juga mereka alihkan pandangan. Meh, rupanya Irfan menjeling tajam budak budak tu. Hampeh betul.
"Fan! Belle! Aku dah jumpa tempat duduk. Jom." Qasyah membawa kami ke tempat duduk. Berpuluh meja bulat dialaskan dengan kain putih terletak di sekeliling pentas utama.
"Belle!! Duduk sini!" Aku meluru ke arah mereka. Hari ini tinggi juga confident aku. Sebab mama belanja kasut tinggi haritu. Hehe.
"Aku pergi duduk dengan diorang." Irfan mengangguk dan mereka duduk di meja sebelah.
Pengacara majlis merupakan Niyas dan Nadine. Eloklah secocok. Dua dua pakai warna royal blue. Sebagai rakan yang baik, aku, Alisa, Airies Aryana dan Iris Amelia masing masing tolong ambil gambar mereka ketika mengacara majlis. Seperti biasa, majlis dimulakan dengan doa yang diketuai oleh Faiq Haiqal. Seterusnya ucapan pengetua dan ketua serta penolong pelajar.
Biasanya ketua sahaja kan? Kali ini penolong pun kena. Bak kata Faiq 'Nanti tak adil lah! Mesti kau nak bagi ucapan kan alang-alang ni last year kita.' Akhirnya aku ikutkan sahaja. Kalau aku bantah, tak boleh bayang bilik mesyuarat tu kecoh macam mana.
"Ehem.. matching nampak?" Iris Amelia mula mengusik. Eh.. aku ke? Aku matching dengan siapa?
"Haah kan Aryana, harini Belle dah jadi watak utama dalam dewan ni. Boleh pula tu sama dengan Qasy." Qasyah pakai sama dengan aku? Aku je ke yang tak perasan?
Aku pandang meja sebelah yang diduduki oleh Qasyah, Irfan, Aisar, Imdan, Hafey dan Aqeel. Damn.. why does he look so.. damn hot?
Ya Allah! Istighfar Belle.. jodoh orang, kau puji buat apa?
Aku kembali tenangkan diri aku.
"Ehem.. entahlah. Aku beli baju ni dulu baru dia. Tanyalah dia kenapa beli warna sama."
"Kau beli dengan dia? Wow.. fast move!" Alisa siku lengan aku sambil buat muka minta kaki.
"Ish!! Dia beli baju lepas aku lah!"
"Macam mana dia tau warna baju kau?"
"Haih.. dia ajak kitorang pergi butik nenda dia. Mesti korang tak tahu kan? Nenda dia fesyen designer terkenal."
"Tengku Fareeha Izzah?" Aku sekadar mengangguk.
"WEH MAKSUDNYA DIA KETURUNAN TENGKU?!" Cepat cepat aku tutup mulut Iris Amelia. Baju cantik dah. Muka lawa dah. Suara kalahkan speaker dewan.
"Haah. Nama dia Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh bin Tengku Arrayan Malique. Tapi dia tak suka orang panggil tengku sebab tu dia tak nak orang tahu nama dia ada tengku. Diam-diam je lah." Mereka angguk laju-laju. Sorry Qasy, rahsia kau tak sengaja terbongkar.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MOON: Love, Qasyah Ar-Riyadh
RomancePerasaan yang disimpan kekal dalam hati antara dua insan. Pertemuan semula antara mereka membuatkan Tengku Putera Qasyah Ar-Riyadh tidak senang duduk. Fikirannya kerap memikirkan wajah Isabella Aisyah Adeleyn lagi-lagi apabila gadis itu menjadi pemb...